Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Kalau Gagal Bawa Watak Cikgu Sunan Dengan Baik, Habis Karier Saya Sebagai...

    ‘Kalau Gagal Bawa Watak Cikgu Sunan Dengan Baik, Habis Karier Saya Sebagai Pelakon’ – Rosyam Nor

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Datuk Rosyam NorDatuk Rosyam Nor

    Pelakon Datuk Rosyam Nor memaklumkan cabaran terbesar dalam filem Memoir Seorang Guru adalah untuk menjayakan watak bernama Cikgu Sunan.

    Cikgu Sunan

    Datuk Rosyam NorDatuk Rosyam Nor

    Ketika ditemui , Rosyam berkata, dia berasa risau sekiranya watak tersebut tidak dapat dijayakan dengan cemerlang dan akan memberikan tanggapan kurang baik daripada golongan pendidik.

    Malah, dia mengganggap kerjaya lakonannya akan berakhir sekiranya gagal mendalami watak Cikgu Sunan.

    Cabaran untuk menghidupkan watak Sunan ini sangat sukar. Sunan ini merupakan satu watak dalam novel yang cukup terkenal daripada buku teks sekolah.

    Cikgu di seluruh Malaysia ini tahu tentang watak novel itu. Kalau saya gagal bawakan watak ini dengan baik, maknanya habis karier saya sebagai pelakon.

    Nanti orang cakap Rosyam Nor setakat berlakon filem aksi bolehlah. Itu dikira gagal buat saya.

    Rosyam berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Memoir Seorang Guru yang diadakan di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada Isnin.

    Berkongsi lanjut, Rosyam berkata dia bersyukur kerana diberi peluang untuk membawakan sebuah watak yang sememangnya menjadi impian kebanyakan pelakon.

    Alhamdulillah saya mendapat naskhah dan watak yang baik. Sudah lama saya menunggu karakter yang baik seperti ini.

    Bagi saya setiap babak dalam filem ini mencabar saya kerana perlu mengekalkan graf lakonan disebabkan membawa watak dalam dua era berbeza.

    Saya rasa ramai pelakon di Malaysia yang akan cemburu kerana tidak dapat memegang watak Cikgu Sunan ini.

    Bagaimanapun, saya tidak pernah puas dengan lakonan saya. Sebagai pelakon, apabila menonton filem ini saya rasakan banyak perkara saya boleh perbaiki tetapi biarlah ia menjadi rahsia peribadi saya.

    Filem Memoir Seorang Guru bukan sekadar naskhah biasa, filem ini merupakan adaptasi daripada novel hasil karya penulis popular, Allahyarham Azizi Abdullan yang juga bekas guru dan penerima Anugerah Penulis S.E.A 1998 mewakili Malaysia.

    ALSO READ:  'Penilaian dan Perbincangan Bayaran Perlu Sesuai dengan Nilai dan Keperluan Semasa' - Margaret Gan

    Filem arahan Kyoll Hamzah ini mengisahkan tentang seorang guru bandar bernama Cikgu Sunan yang telah ditukarkan ke sebuah sekolah pedalaman dan ditugaskan menjadi guru di kelas paling corot.

    Selain Rosyam, Memoir Seorang Guru turut dibintangi barisan pelakon popular termasuk Nabila Huda, Johan As’ari, Zul Huzaimi, Hariz Hamdan dan Trisha Ooi.

    Filem ini bakal menerjah pawagam seluruh negara bermula 30 Mei ini.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts