Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Kalau Ikut Hukum Akal, Saya Sudah Lama Jadi Arwah’ – Aishah

    ‘Kalau Ikut Hukum Akal, Saya Sudah Lama Jadi Arwah’ – Aishah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Datuk AishahDatuk Aishah

    Mendakwa pernah menjadi mangsa sihir beberapa kali, penyanyi Datuk Aishah bersyukur masih dipanjangkan usia dan diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk meneruskan hidup.

    ‘Yakin kuasa Allah’

    Datuk AishahDatuk Aishah

    Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 59, berkata, sekiranya difikir dengan logik, nyawanya sudah tiada lagi disebabkan berdepan gangguan mistik yang dahsyat.

    Kalau ikut hukum akal, saya sudah lama jadi arwah. Saya pernah kena (sihir) berkali-berkali.

    Cuma pada saya, segala yang terjadi ini Allah mahu saya lebih dekat dengan-Nya.

    Satu lagi, perkara sebegini memberikan saya keyakinan, tiada kuasa yang lebih daripada kuasa Allah.

    Aishah berkongsi mengenai perkara itu menerusi saluran podcast Bukak Mulut yang dikendalikan oleh Affendy Jailani.

    Dalam pada itu, pelantun lagu Janji Manismu ini berkata, sekiranya ingin bercerita secara terperinci tentang kejadian yang dialami, dia boleh membukukan peristiwa mistik itu dalam sebuah naskhah.

    Saya boleh tulis sebuah buku kalau nak ceritakan tentang pengalaman disihir, apa yang saya lalui. Sehingga pernah batuk tiga hari tanpa henti.

    Terdahulu, media melaporkan, Aishah serik untuk menyertai mana-mana pertandingan mahupun program realiti disebabkan sering berdepan dengan perkara mistik.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts