Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Kalau Kata Tak Cerdik, Nak Marah Merentan…”-Rita Rudaini Kesal Podcast Kisah Budak...

    “Kalau Kata Tak Cerdik, Nak Marah Merentan…”-Rita Rudaini Kesal Podcast Kisah Budak Asrama Letak Racun Tikus Jadi Jenaka?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon, Rita Rudaini memberikan tampil memberikan teguran terhadap sikap youtuber yang disifatkan tidak sensitif dalam mengemukakan topik perbualan.

    Rita menerusi Insta Stories, turut memuatnaik tangkap layar sebuah podcast mengenai seorang wanita yang menceritakan dirinya meletakkan racun tikus dalam botol kicap sehingga menyebabkan pelajar asrama dikejarkan ke hospital akibat keracunan makanan.

    “Dengan rasa bangga bercerita. Kali kedua buat pulak tu. Yang interview pun tak rasa ke tak perlu kot. Interview macam cerita tu kelakar pulak.

    Podcast macam ni akan ditonton oleh pelajar yang pendek akal macam perempuan ni. Dan apa jadi? Psiko betul, seronok, gelak-gelak cerita. Untuk bagi pengajaran kat orang tapi interview ni jadi macam tak sensitif. Racun tikus kot bukan honey yang nak gelak-gelak. Kenapa dengan orang sekarang ya.”-kesal Rita di Instagram

    “Please Lah Berilmu…”

    Tambahnya lagi, pelakon filem Mistik ini turut menitipkan pesanan buat mereka yang mahu menghasilkan podcast atau temu bual untuk tampil dengan konten yang dapat memberikan pengajaran kepada orang serta penggunaan bahasa yang lebih bersesuaian.

    “Untuk adik-adik yang baru nak up yang teringin nak buat podcast, interview apa sahaja isu-isu. Please lah berilmu. Kalau kata tak cerdik, nak marah merentan macam budak kecik.

    Agak-agak lah kalau topik sedih suspen, nak gelak-gelak. Niat kita asal nak bagi pengajaran kepada orang tapi tak sampai.

    Satu lagi, ada yang konon santai-santai, tapi bahasa ‘sial dow’, ‘gempak sial’. Santai-santai lah jugak tapi biar santai nampak berilmu dan bagi impak yang bagus untuk anak-anak muda dan orang tua.”

    Apa komen anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts