Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Kalau Mak & Azrul Ada, Apa Yang Diinginkan Insya-Allah Ubai Tunaikan’

    ‘Kalau Mak & Azrul Ada, Apa Yang Diinginkan Insya-Allah Ubai Tunaikan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    ubai ubai

    Personaliti media sosial Ubai MZ meluahkan rasa rindu terhadap arwah ibunya, Allahyarham Rohani Jamal dan arwah adik lelakinya iaitu Allahyarham Azrullah Mohd Zulkefli.

    Dua insan tersayang

    ubaiubai

    Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram (IG) miliknya, Ubai menyatakan bahawa dia berasa sedih dengan kehilangan dua insan yang disayanginya itu.

    Pemergian mereka amat dirasai terutama ketika menyambut aidilfitri.

    Selamat hari raya Mak dan Azrul.

    Banyak yang berubah lepas pemergian ini. Rumah mak dah cantik Ubai dengan Sha buat. Semua yang datang beraya, semua suka tengok rumah. Pusara Mak dan Azrul pun dah cantik. Pagi raya ramai datang melawat, lagi-lagi kawan Azrul.

    Dalam pada itu, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli berkata, hasratnya untuk berkongsi rezeki bersama mereka tidak kesampaian.

    Bagaimanapun, Ubai tetap reda dan bersyukur kerana berkat doa arwah ibunya dahulu, dia kini mengecap bahagia bersama isteri, Shila Amzah.

    Kan best kalau Ubai boleh kongsi rezeki yang ada sekarang dengan mak dan Azrul.

    Alhamdulillah mak, atas doa mak, Ubai dapat isteri yang sangat baik, rezeki yang melimpah ruah dan tak lama lagi mak akan dapat cucu pertama. Ubai janji jaga Sha dan keluarga dengan baik.

    Kalau mak dengan Azrul ada sekarang, apa yang diinginkan, insya-Allah Ubai boleh tunaikan. Tapi perancangan Allah itu yang terbaik. Terima kasih atas doa dan pengorbanan selama ini.

    Terdahulu, pada 4 Mei tahun lalu, arwah adik Ubai meninggal dunia akibat kemalangan manakala ibunya menghembus nafas terakhir pada 31 Julai selepas bertarung dengan penyakit barah.

    Sekadar info, Ubai dan Shila selamat mendirikan rumah tangga mereka alam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur pada 4 Ogos yang lalu.

    ALSO READ:  [VIDEO] Ikut Trend TikTok, Netizen Terhibur Ebit Lew Tiru Dialog KL Gangster – ‘Jangan Macam Tu Ustaz, Lari Nanti Makmum Dalam Masjid’

    Shila kini sedang sarat hamil cahaya mata keduanya yang dijangkakan bakal lahir pada bulan Syawal ini.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts