Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Kalau Orang Tahu Kita Serius, Orang Akan Ikuti Perkembangan & Terus Menyokong’...

    ‘Kalau Orang Tahu Kita Serius, Orang Akan Ikuti Perkembangan & Terus Menyokong’ – Jo Branko

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Gitaris Kumpulan Barbarik, Jo Branko memberitahu mereka bakal melancarkan album sulung pada bulan Oktober depan.

    Artikel berkaitan: Kehidupan Yonnyboii Berubah 180 Darjah Selepas Bergelar Bapa, Mula Join Komuniti ‘Ayah Ayah’

    Artikel berkaitan: Yonnyboii Bersihkan Nama Isteri, Kenyataan Tentang Pakaian Seksi Bukan Nazira Tulis – ‘Dia Hanya Repost’

    Kami memang serius

    Menerusi temu bual bersama OhBulan, Jo atau nama sebenarnya, Abdul Zamin Abdul Kadir berkata, mereka bukanlah kumpulan projek yang muncul untuk acara tertentu sahaja.

    Tujuan hasilkan album untuk beritahu industri yang Barbarik bukanlah kumpulan projek, tapi kami memang serius.

    Pernah berlaku apabila sesebuah kumpulan buat ‘reunion’, mereka ambil kesempatan terhadap industri. Bila selalu buat begitu, orang nampak macam tak serius dan orang takkan ikuti kita.

    Saya tak nak orang kata Barbarik adalah kumpulan projek kerana kalau projek maknanya habis sahaja acara, kami akan kembali membawa haluan sendiri.

    Jadi, saya hasilkan album ini kerana nak beritahu yang kehadiran kami dalam industri adalah serius dan mahu berkarya.

    Kalau orang tahu kita serius, orang akan ikuti perkembangan dan terus menyokong.

    Tambah Jo, mereka gemar melakukan persembahan berskala besar seperti konsert.

    Berbicara mengenai album, Jo mengakui ia merupakan kerja gila kerana mereka sanggup mengambil risiko.

    Buat album ini memang kerja gila kerana zaman sekarang mana ada orang yang sanggup ambil risiko. Tapi, saya kena juga ada material baharu sebab nak main di konsert. Saya adalah artis yang ketagih nak main konsert.

    Dengan keluarkan album, saya nak peminat tahu kami tak main-main dan ia akan memudahkan mereka untuk terus memberi sokongan.

    Ujar Jo lagi, dia sangat berpuas hati dengan aspek nyanyian vokalis mereka, Muss.

    Album ini mengandungi tujuh lagu termasuk instrumental. Semuanya adalah ciptaan saya sendiri, manakala liriknya ditulis mereka yang pernah bekerjasama dengan saya sebelum ini iaitu Anuar Botak, Nasir Jani dan Muss.

    Meskipun Muss mengaku gerun ketika proses rakaman, namun vokalnya sebagai penyanyi rock masih lagi yang terbaik.

    Di akhir temu bual, sempat bertanya Jo mengenai kolaborasinya dengan Yonnyboii dalam lagu Sentuhan Nadi.

    Walaupun penyanyi rap, tapi Yonnyboii boleh menyanyi seperti penyanyi pop lain. Dia seorang anak muda yang berbakat kerana boleh buat lagu, tulis lirik dan sangat bekerja keras.

    Kali pertama dengar lagu ini, saya terus suka kerana ia sangat mesra untuk telinga pendengar Melayu. Lagu balada ini kalau dibantu dengan petikan gitar boleh jadi besar.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Saya Terkejut, Trauma..Itu Pertama Kali Berlaku & Jadi Titik Hitam Dalam Hidup Saya’ – Ruhainies

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts