Pelakon dan pelawak Vicha Saywho mengakui dia pernah berdepan gangguan sihir semasa menjalankan perniagaan makanan.
Tutup semua cawangan di Malaysia
Menerusi laporan Mstar, Vicha berkata, dia sedar ada pihak mahu menjatuhkan perniagaan yang diusahakan olehnya di Malaysia. Namun begitu, dia memandang perkara tersebut ke arah yang positif dan berhati-hati.
Pernah sekali depan gerai saya ada duit syiling banyak dan yang kelakarnya saya ambil duit itu kerana tidak tahu itu adalah gangguan sihir atau apa.
Bila saya tanya kepada rakan, rupanya itu adalah salah satu sihir yang digunakan melalui duit syiling untuk kita, tapi selepas kejadian tu saya tak rasa sakit atau apa-apa, malah masih anggap itu adalah perkara normal.
Saya tak pernah buat jahat atau bermusuh dengan sesiapa, semuanya saya baik-baik saja jadi tak sangka pula ada orang sanggup buat macam tu pada saya.
Tambah Vicha, semua cawangan kedai makanan bakso miliknya di Malaysia sudah ditutup dan membuka cawangan baru di Bandung, Indonesia.