Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Kalau Tengok Dekat Telegram Tolonglah Jangan Bagitahu Kami’ – Azhan Rani

    ‘Kalau Tengok Dekat Telegram Tolonglah Jangan Bagitahu Kami’ – Azhan Rani

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon drama ‘Khunsa’ iaitu Azhan Rani dilihat meluahkan rasa kecewa dengan sikap sesetengah individu yang memilih menonton drama bersiri itu di platform yang tidak sah.

    Jangan bagitahu kami

    Menerusi sebuah posting di Instagram, Azhan berkata, mereka berusaha dan kerja keras untuk menghasilkan drama itu sejak bulan Nobember tahun lalu sehingga kini.

    Kalau tengok di Telegram, tolonglah jangan beritahu kami. Penggambaran kami untuk hasilkan Khunsa tak mudah. Dari November tahun lalu, sampai hari ini pun masih tak selesai lagi. Macam-macam cabaran dan rintangan yang kalau diceritakan pun, bukan orang nak kisah.

    Beritahu kami anda tonton di Telegram, hanya melukakan hati dan perasaan kami. Usaha dan penat lelah kami sangat tak berbaloi.

    Ya, anda tak rasa sebab bukan usaha dan kerja anda pun yang dirompak. Tapi, jika ada kesedaran dan kemanusiaan, cubalah fikirkan jika dibalikkan kepada diri sendiri satu hari nanti. Maaf saya tegur.

    Terbaru, Azhan telah memuat naik tangkap layar komen seorang individu tidak bertanggungjawab yang dengan bangganya menyatakan bahawa, ‘orang biasa memang nak percuma saja kalau boleh’. Berikutan daripada itu, Azhan tampil memberikan respons.

    Okaylah, nak tutup buku pasal isu ini. Ini soal kesedaran. Sesetengah orang rasa benda ini kelakar dan seronok untuk gelakkan. Tak paksa pun kamu nak tengok bayar, atau nak tengok lanun punya hasil rompakan.

    Cakap pung pang pung pang pun, ini bukan hasil titik peluh kamu. Kamu cuma akan meroyan kalau orang usik hasil titik peluh kamu sahaja. Tak mengapa kalau tak mampu nak sedarkan kamu. Ini bukan Ramadan, aku husnuzon sahajalah.

    Pada aku, senang sahaja. Bukan semua binatang tak boleh diajar dan bukan semua manusia yang nak belajar. Sekalipun ada akta dan undang-undang, akan tetap ada orang nak buat salah.

    Undang-undang kata jangan hisap dan jual dadah pun, ada saja orang buat benda itu. Ini soal kesedaran diri sahaja. Terima kasih kepada yang memahami. Aku masih percaya asas untuk dihormati adalah menghormati.

    Sebelum ini, pengarah Shahrulezad Mohameddin meluahkan rasa kecewa mengenai perkara yang sama di media sosialnya.

    ALSO READ:  [VIDEO] Randy Pangalila Dah Janji Dengan Isteri, Sebak Umum Bersara Dari Dunia Tinju – ‘Randpunk Sign Out’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts