Kemelut rumah tangga antara pasangan pelakon, Bella Astillah dan Aliff Aziz mendapat perhatian ramai termasuk usahawan dan aktor, Wak Doyok.
Mahu jadi pengganti?
Pemilik nama sebenar Mohd Azwan Mohd Nor itu memuat naik sekeping foto bersama Bella yang dipercayai diambil ketika mereka menghadiri ke sebuah majlis.
Wak Doyok mengenakan pakaian tradisional iaitu baju melayu manakala Bella kelihatan manis dengan busana labuh.
Paling menarik perhatian adalah kapsyen Wak Doyok pada hantaran tersebut yang secara berseloroh menyatakan hasratnya.
Kalau yang ada tak menghargai, yang sebelah pandai menghargai.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan keinginan yang dinyatakan oleh usahawan berusia 43 tahun itu.
Namun, ada juga di antara mereka mengungkit kembali kenyataan Wak Doyok yang pernah menyatakan bahawa ibunya tidak menyukai wanita yang berstatus janda untuk dijadikan menantu.