Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKali Ini Mufti Pulau Pinang Pula Beri Peringatan, Jangan Terlalu Taksub Nasab...

    Kali Ini Mufti Pulau Pinang Pula Beri Peringatan, Jangan Terlalu Taksub Nasab Rasulullah Tanpa Selidik!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, baru-baru ini mengeluarkan amaran penting kepada umat Islam mengenai kecenderungan untuk terlalu taasub terhadap dakwaan seseorang mengenai nasab Rasulullah SAW.

    Dalam kenyataannya, beliau menyeru umat Islam untuk tidak terjerumus dalam penipuan dan memberikan nasihat tentang pentingnya menyelidik latar belakang seseorang ulama atau kumpulannya supaya tidak mudah menjadi mangsa tipu individu atau kumpulan yang berkepentingan.

    Bahkan, beliau juga mengingatkan keturunan mulia tidak memberi sebarang manfaat kepada seseorang, jika dia seorang yang tidak taat kepada hukum dan ajaran agama seperti yang disampaikan oleh Rasulullah.

    “Saya menyokong nasihat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar) supaya masyarakat mengelak daripada sikap taasub secara buta tuli kepada seseorang yang mendakwa sebagai keturunan Nabi Muhammad.”

    “Sikap taasub sedemikian menyebabkan fikiran seseorang tertutup daripada melihat kebenaran,” katanya di sini hari ini.

    Sebelum ini media melaporkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau kegiatan seorang lelaki mendakwa warganegara Maghribi yang dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai Mawla Amin yang mengaku bahawa mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad.

    Mengulas lanjut Wan Salim berkata, kira-kira dua tahun lalu lelaki yang digelar Mawla al-Amin itu pernah dibawa oleh pengikutnya ke Pulau Pinang dan beliau turut dijemput untuk hadir bersama dalam satu majlis selawat nabi.

    Pada mulanya beliau menyatakan persetujuan untuk hadir ke majlis tersebut, namun kemudian membatalkannya setelah meragui kesahihan dia daripada keturunan Rasulullah berdasarkan maklumat diperoleh dari pelajar Malaysia di Maghribi yang tahu latar belakang individu berkenaan.

    “Seseorang yang mengaku dirinya mempunyai nasab tersebut perlu diminta supaya mengemuka dokumen yang sah daripada pihak berkuasa di negaranya seperti mahkamah, majlis agama Islam, atau persatuan ulama yang dikenali umum,” katanya.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts