Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Kali Kedua” Saingan Buat Saiful Jaicob Dalam Carta Lagu Artis Sabah (Clas)...

    “Kali Kedua” Saingan Buat Saiful Jaicob Dalam Carta Lagu Artis Sabah (Clas) 2024

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Saiful Jaicob atau nama sebenar Md Noor Saifullah yang merupakan penyanyi dan komposer, Sabah kini kembali dalam industri muzik dengan rilisan single terbarunya berjudul “Kali Kedua” ciptaan Saiful Jaicob sendiri, manakala lirik oleh Kent dan ianya dirakamkan di Patauboys Home Studio, Sabah.

    Telah Mempunyai Beberapa Buah Single

    Sebelum ini, Saiful Jaicob mempunyai beberapa buah single pada tahun 2014 dan telah menemui langkah untuk menceburi dalam dunia nyanyian apabila menyertai sebuah program anjuran Luncai Emas pada tahun 2017 bersama beberapa komposer tempatan Sabah yang lain.

    Dari sinilah titik permulaan apabila Saiful Jaicob telah merakamkan satu lagi lagu baru untuk tahun 2024 yang berjudul “Kali Kedua”.

    Setelah siap, lagu ini telah dipersetujui untuk diedarkan secara digital oleh Luncai Emas.

    Kisah Prinsip Setelah Berpisah

    via Luncai Emas

    Menurut Saiful, lagu ini mengisahkan tentang ketegasan prinsip seorang insan yang pernah ditinggalkan dahulu kemudian dirujuk kembali namun menolak dengan sepenuh hati.

    Ini kerana, kisah pahit akibat ditinggalkan telah meninggalkan kesan hitam dan hilangnya perasaan untuk membina semula cinta yang musnah.

    Biarpun kekadang terfikir untuk memberi peluang kedua namun biarlah ianya sebagai khayalan semata demi meneruskan kelangsungan hidup daripada diberi janji yang belum pasti kesudahannya.

    Kesengsaraan itu biarlah cuma sekali dan pastinya tidak berulang untuk kali kedua”.

    Tambahan pula, single Kali Kedua ini telah berjaya menjadi pencalonan baru dalam Carta Lagu Artis Sabah (CLAS) pada 1 April 2024, dan kini sudah memasuki minggu ke-13 dan menduduki tangga ke-2.

    Semoga lagu ini berjaya memikat pendengar dan berkembang di seluruh Sabah serta Semenanjung Malaysia.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts