Pelakon Kamal Adli didakwa mempunyai masalah disiplin tidak menepati waktu bekerja atau ‘call time’ semasa di set penggambaran.
Artikel berkaitan: Kamal Adli Kecewa Penganjur ‘Lepas Tangan’, Bimbang Keselamatan Orang Lain
Artikel berkaitan: ‘Dia Bangun Menyusu Awal Pagi’ – Kamal Adli Bangga Dengan Cara Uqasha Senrose Urus Anak
Tak ada masalah ‘call time’
Menurut Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 38, dia menafikan ada masalah tersebut sepanjang 15 tahun bergelar anak seni.
Eh tak ada, saya sudah 15 tahun dalam industri, saya rasa tiada masalah dengan ‘call time’.
Contoh jika ‘call time’ pukul 8 pagi, jadi saya maklum pada semua yang saya takkan sampai pada pukul 8 sebab saya tidak bersarapan dan bersolek.
Saya sampai pun rambut sudah siap dan hanya tinggal pakai baju sahaja untuk penggambaran.
Kamal berkata demikian semasa ditemui pada sidang media dan tayangan perdana filem Takluk: Lahad Datu di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, pada Khamis.
Dalam pada itu, Kamal merasakan dakwaan tersebut tidak berasas dan pihak yang pernah bekerja dengannya tahu sikap sebenarnya.
Saya rasa benda ini sudah tidak lagi menjadi isu. Ini rasanya benda lama. Siapa yang kerja dengan saya, tahulah.
Terdahulu, sebuah produksi mendakwa Kamal gagal menepati waktu penggambaran yang ditetapkan sehingga menyusahkan kru produksi yang terlibat.
Mengenai filem Takluk: Lahad Datu, Kamal memegang watak Jai iaitu anggota khas pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Komando VAT69.
Selain Kamal, filem yang diinspirasikan dari kisah benar turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Fikry Ibrahim, Anding Indrawani, Eman Manan, Riezman Khuzaimi, Josiah Hogan, Ayez Shaukat, Fad Anuar dan ramai lagi.
Filem arahan Zulkarnain Azhar akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 22 Ogos depan.