Pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose membuktikan hubungan mereka dalam keadaan baik biarpun sebelum ini timbul dakwaan yang mengatakan rumah tangga mereka sedang bergolak.
Hubungan baik
Hal ini terbukti ketika mereka bersama-sama melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.
Dalam sesi tersebut, Kamal dan Uqasha dilihat melayan dan menjawab pertanyaan yang diajukan wargamaya di ruangan komen.
Turut kelihatan bersama adalah anak mereka, Hawra Uqaira yang kini berusia enam bulan.
Pasangan itu melakukan sesi siaran langsung berkenaan ketika mereka berada di sebuah restoran.
Terdahulu, Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 38, menafikan rumah tangganya bersama Uqasha sedang bergolak.
Kata Kamal, sudah menjadi asam garam dalam perkahwinan pasti ada perselifihan faham dan konflik bersama pasangan.