Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKamarool Yusoff Pegang Gelaran Duta Sudah Lima Tahun, Terharu Peminat Masih Bagi...

    Kamarool Yusoff Pegang Gelaran Duta Sudah Lima Tahun, Terharu Peminat Masih Bagi Sokongan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    cik mancik man

    Pelakon veteran, Kamarool Haji Yusoff atau lebih popular dengan nama Cik Man bersyukur masih laris apabila kekal menjadi duta produk wangian sejak lima tahun lalu.

    Saya beruntung

    Kamarool Haji YusoffKamarool Haji Yusoff

    Menurut Cik Man, dia terharu ‘dilamar’ usahawan muda yang berasal dari Negeri Kelantan itu. Kata pelakon ‘Rock Oo!’, bukan setakat populariti dan usia yang diutamakan malah kesungguhan dalam bekerja juga perlu selari.

    Saya sendiri terima dengan hati terbuka bila Yaya Empire tawarkan untuk jadi duta sejak lima tahun lalu dan saya tertarik kerana ia diusahakan oleh anak muda dan berasal dari Negeri kelahiran saya.

    Tidak kisah kita popular atau tidak, tua mahupun muda kalau kita ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam melakukan tugasan pasti akan nampak hasil.

    Bagi saya bila orang percaya kita berikan yang terbaik dan saya juga beruntung kerana masih ada peminat yang terus sokongan saya.

    Cik Man yang terkenal dengan tagline ‘Semua Masuk Syurga’ juga gembira kerana sentiasa ditegur oleh peminat setiap kali kemunculannya.

    Tarik pelanggan pelbagai peringkat umur

    Kamarool Haji Yusoff jadi dutaKamarool Haji Yusoff jadi duta

    Sementara itu, Pengarah Urusan Yaya Empire, Nadia Mat Isa menyatakan tindakannya mengambil Cik Man sebagai duta produk wangiannya kerana aktor itu memberikan komitmen yang sangat bagus.

    Kata Nadia, dia mengambil langkah berbeza dengan pihak lain yang lebih berminat mengambil selebriti muda, popular serta mereka dalam kalangan BBNU sebagai duta produk.

    Cik Man memberikan komitmen yang sangat bagus terutama dalam membuat kandungan yang menarik serta mampu menarik perhatian semua peringkat umur.

    Lebih menarik kanak-kanak seawal usia tiga tahun juga mengenali Cik Man dan kami menerima makluman sangat positif daripada pelanggan kami.

    Tambah Nadia yang juga mesra disapa Kak Ya berkata, Cik Man yang mempunyai peminat dalam kalangan pelbagai peringkat usia juga mampu menterjemahkan sokongan menerusi pembelian produk oleh syarikatnya.

    ALSO READ:  [VIDEO] Aina Abdul Nyanyi Lagu Dawai Secara ‘Live’ Dipuji Netizen!-“Barulah Puas Dengar, Takde Kepit-Kepit Suara”

    Katanya, sudah lima tahun memilih Cik Man sebagai duta produk di samping selebriti lain seperti pelakon, penyampai radio dan pelawak, Issey Fazlisham serta pempengaruh media sosial, Mia Azhar.

    Cik Man juga tidak berkira soal bayaran malah bersetuju kerana mahu membantu usahawan tempatan terutamanya yang berasal dari Kelantan.

    Pada karnival itu, Yaya Empire menjadi penaja dalam karnival jualan membabitkan usahawan tempatan serta menganjurkan konsert percuma yang menarik lebih 10,000 penduduk tempatan di Pantai Sri Tujuh Tumpat pada Jumaat lepas.

    Selain persembahan dikir barat oleh kumpulan Sri Budi Jati serta penyanyi dikir tempatan, Datuk Jamal Abdillah dan Haqiem Rusli turut menghiburkan penonton.

    Lebih menarik Jamal turut menyampaikan lagu popularnya Sendiri dalam versi dikir barat bersama Ezeri Layang Putih yang digelar Datuk Jamal versi Kelantan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts