Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, November 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Kami Bercerai Secara Taklik Sebab Perangai Dia’ – Jofliam Dakwa Cik Epal...

    ‘Kami Bercerai Secara Taklik Sebab Perangai Dia’ – Jofliam Dakwa Cik Epal Sorok Dokumen, ‘Kambing Hitamkan’ Isu Curang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pempengaruh dan usahawan, Jofliam mendakwa perceraiannya dengan bekas isteri, Cik Epal adalah secara lafaz taklik.

    Jofliam, Cik Epal cerai taklik?

    Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram Story, Jofliam atau nama lengkapnya Jofli Abu Bakar menjelaskan bahawa perceraiannya dengan Cik Epal tidak membabitkan kehadiran orang ketiga seperti yang digembar-gemburkan di media sosial.

    Perceraian taklik berlaku disebabkan perangai bekas isteri saya. Sehingga kini, sijil atau dokumen perceraian taklik tidak diserahkan kepada saya, semua ada pada bekas isteri. Kenapa dia pegang dokumen tu sebab dia tak nak orang tahu perceraian kami adalah taklik.

    Jelas Jofliam lagi, dakwaan yang mengatakan dia berlaku curang dan kejadian di Milan adalah cerita yang direka oleh Cik Epal semata-mata untuk menutup punca perceraian mereka.

    Isu-isu Milan dan seterusnya adalah isu yang dikambing hitamkan oleh bekas isteri saya untuk menutupi punca perceraian taklik tersebut.

    Cik Epal halang Jofliam hubungi anak-anak?

    Tambah Jofliam lagi, selama ini dia hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu membuka aib bekas isterinya namun keadaan semakin menjadi-jadi sehingga dia akhirnya bersuara mengenai perceraian mereka.

    Saya tak nak aib diteruskan cuma saya akan berlawan untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anak saya.

    Keputusan hak penjagaan anak-anak akan menceritakan perkara sebenar. Bagi pihak sebelah sana, minta bersedia untuk pembelaan di mahkamah.

    Sementara itu, Jofliam meluahkan rasa kesal dan terkilan dengan sikap bekas isterinya yang tidak membenarkan dia berhubung dengan kedua anak mereka iaitu Han dan Yuki.

    Bergaduh dengan perempuan ni, benda paling terakhir sekali saya nak buat. Sebab perempuan play victim dan kita tak akan menang dengan perempuan.

    ALSO READ:  Membanggakan Malaysia! Vocal Pizzest Menang Dua Emas Di The World Choral Cup!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts