Pelakon, Rita Rudaini tampil membidas sikap sikap segelintir netizen yang masih meminta dirinya membawa anak-anaknya bertemu dengan bapa mereka, pemain bola sepak iaitu Aidil Zafuan.
Titip Pesanan Buat Netizen
Tegas Rita menerusi hantaran di Instagram, turut menitipkan pesanan buat para netizen untuk bersikap menjaga sensitiviti orang lain serta lebih baik berdiam diri.
“Dah 2024 dah. Netizen tak payah dok buat terpaling tau. Jaga sensitiviti orang. Kalau tak tahu, jangan buat pala tau.
Baca dulu buku ini sebelum nak komen. Takat modal air liur dan kesian 🤣, dah terpaling sedih. Siapa-siapa pun boleh. Dah-dah la tu. Kami bertiga dah cukup tenang. Anak-anak sis pun pakat-pakat dah tumbuh misai dah pun.
Tak duduk tempat kami senang la cakap. Better duduk diam saja dan jangan tambah beban orang.”-tegas Rita di Instagram
Shopee.com.myHandcrafted Pure Copper Snake Bangle / Bracelet - YOGA BANGLE - Copper JewelryRM89.00