Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Kami Bukan Minta Sedekah’ – Nadia Annuar Tampil ‘Back Up’, Nafi Adik...

    ‘Kami Bukan Minta Sedekah’ – Nadia Annuar Tampil ‘Back Up’, Nafi Adik Menangis Untuk ‘Marketing’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pengacara Nadia Annuar tampil mempertahankan adik lelakinya iaitu pelakon Harris Annuar yang didakwa meminta simpati gara-gara menangis ketika menjual kuih di TikTok.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Buat Silap Besar’ – Harris Annuar Menangis Bukan Minta Simpati, Nak Habiskan Stok Kuih Bangkit

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Nadia Annuar Menangis Kenang Momen ‘Tinggalkan’ Anak, Terpaksa Ambil Ubat Tidur Waktu Malam

    Tak nak jadi ‘biawak hidup’

    Menerusi hantaran di Instagram Stories, Nadia menafikan ibunya yang merupakan usahawan kosmetik iaitu Zaiton Hassan atau Kak Ton memiliki kekayaan yang banyak.

    Yang cakap anak Kak Ton dah kaya lah, drama nangis semata-mata nak marketing lah, sila cakap pakai otak.

    Kalau Kak Ton kaya raya takdelah Kak Ton yang sakit-sakit buat ‘live’ TikTok setiap hari. Bukan semua benda korang boleh nilai dengan mata kasar je.

    Menurutnya, dia dan adik-beradik tidak pernah diajar untuk bergantung kepada orang lain demi kelangsungan hidup mereka.

    Habis kalau pun Kak Ton kaya, takkan anak-anak yang muda belia nak perah duit yang mak susah-susah cari sampai habis?

    Kami adik-beradik berusaha kerja keras untuk hidup masing-masing dan tak nak jadi biawak hidup. Itu yang mak kami ajar.

    ‘Kami bukan minta sedekah’

    Sementara itu, Nadia menegaskan Harris berniaga bukan untuk meraih simpati serta tiada paksaan untuk membelinya.

    Kalau tak nak tolong beli tak perlulah nak sindir, nak mengata sangat. Jangan kita banding-bandingkan kesusahan orang lain. Ye ramai lagi susah… betul tu. Tapi kami pun bukan minta sedekah.

    Dia (Harris) promote biskut minta siapa nak beli, boleh beli. Itu je.

    Terdahulu, Harris memuat naik video menangis menjual kuih bangkit buat pertama kali di TikTok. Menurutnya, punca dia menangis adalah kerana menanggung hutang untuk membayar semula kepada pembekal.

    ALSO READ:  Dahlia Rizal Bagi Hadiah Ducati Scrambler Untuk Suami Sempena ‘Birthday’, Netizen Komen ‘Perlu Adik Angkat Tak?’

    Namun, video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen dan mendakwa ia sekadar gimik dan untuk meraih simpati orang ramai.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts