Pelakon, Nora Danish tampil memberi penjelasan mengenai dirinya yang sudah tidak lagi tinggal sebumbung bersama bekas suaminya, Nedim Nazri Aziz selepas sah bercerai pada 19 Jun lalu.
Tidak Lagi Tinggal Sebumbung
Nora, menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa sudah tidak menjadi satu masalah jika Nedim bersama wanita lain kerana penceraian yang berlaku adalah di atas permintaannya.
“Saya tidak tinggal serumah dengan Nedim, dan tidak akan tinggal serumah kerana kami sudah bercerai.
Dan tidak mengapa jika kelihatan dia bersama wanita-wanita lain, kerana penceraian ini adalah permintaan saya. Jadi biarlah dia dan kehidupannya.”-jelas Nora di Instagram
“Kami Hanya Rapat Atas Urusan Anak-Anak, Tidak Lebih…”
Masing-masing sudah mempunyai jalan hidup yang berbeza, Nora menegaskan bahawa dia dan Nedim hanya rapat apabila melibatkan urusan anak-anak mereka sahaja.
“Jangan sampaikan pada saya okay? Masing-masing dah melalui jalan berbeza.
Kami hanya rapat atas urusan anak-anak. Tidak lebih, Harap maklum.”-tegas Nora
Sekadar info, Nora Danish dan Nedim Nazri pernah mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun.
Walaubagaimanapun, Nora dan Nedim telah membuat keputusan untuk berpisah dan sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada 19 Jun 2024.
Kita doakan yang baik-baik sahaja buat mereka, Apa komen anda?