Madu kepada Marissa Dania iaiti Misya Mazlan menjelaskan bahawa dia masih lagi isteri kepada Ahmad Aslam.
Kongsi foto Aslam
Menerusi perkongsian di Instagram, Misya berkata dia jarang memuat naik gambar bersama suami kerana tidak mahu terlalu berkongsi mengenai kehidupan peribadinya kepada umum.
Justeru, untuk mengelak daripada fitnah dan persoalan yang berlegar dalam kalangan wargamaya, Misya berkongsi foto dia bersama Aslam yang diambil pada 1 Syawal.
Yang bertanya, ya kami masih bersama. Saya tak suka nak expose atas asbab tertentu. Bukan sebab competition, jealousy dan lain-lain.
Untuk kenangan dan mengelak fitnah, saya post gambar Aidilfitri bersama yang diambil masa hari raya pertama.
Dalam perkongsian tersebut, pasangan itu kelihatan sama cantik sama padan dalam persalinan baju kurung dan baju Melayu.
Sementara itu, Misya turut menitipkan pesanan dengan mengatakan wanita yang bijak tidak akan berbalah antara satu sama lain.
Seorang wanita yang bijak memilih untuk berhenti berdebat kerana Allah, dengan seseorang yang jelas ditunjukkan enggan mendengar atau memahami.