Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKami Orang Luar, Tiada Hak Campur Urusan Hidayah & Ali - Achey

    Kami Orang Luar, Tiada Hak Campur Urusan Hidayah & Ali – Achey

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelawak Achey dan Fad Bocey memberitahu mereka tidak mahu mencampuri kemelut antara balu Allahyarham Abam, Siti Norhidayah Mohd Ali dan adik iparnya, Ali Puteh.

    Tiada hak masuk campur

    Menurut Achey, dia dan Fad sedar bahawa mereka hanyalah orang luar. Tambah Achey, dia berharap isu selama empat tahun itu dapat diselesaikan secara peribadi tanpa perlu dihebahkan dalam media sosial bagi menjaga ketenteraman arwah di alam barzakh.

    Saya dan Fad tiada hak mencampuri urusan mereka kerana kami orang luar. Sebagai sahabat, kami sedih dan penat dengan apa yang berlaku. Kalau kami penat, apatah lagi, roh arwah.

    Kalau kedua-duanya memikirkan arwah, tolonglah berhenti berbalah. Uruskan secara senyap dan tahu-tahu semuanya selesai.

    Jika dapat diselesaikan lebih cepat tentulah lebih baik, harap dapatlah selesai sebelum Aidilfitri ini supaya saya dan Fad dapat menziarah kedua-dua keluarga di Sungai Besar dan Gombak.

    Bercerita lebih lanjut, Achey dan Fad berkata, mereka serba salah menziarah kedua-duanya kerana tidak mahu disangka menyebelahi mana-mana pihak.

    Di samping itu, mereka sudah berhenti bertanya khabar mengenai anak tunggal arwah Abam, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima tahun sejak kemelut berkenaan berlaku.

    Kami rasa doa dari jauh sudah memadai, buat masa ini. Bukan berdiam diri atau tak nak ambil tahu langsung soal kebajikan Hamzah, tapi untuk bantu atau ziarah, rasanya kami tunggu sampai kemelut selesai dahulu.

    Insya-Allah sebaik selesai sahaja, macam-macam yang kami nak sediakan untuk Hamzah, itupun jika pihak sebelah sana setuju.

    Saya dan Fad pernah cuba untuk menjernihkan keadaan, tapi tak berjaya. Jadi, kami ‘angkat kaki’, tapi tetap berpesan, selesaikan elok-elok.

    Sebab itu, bila ada yang bertanya, tak bantu balu arwah atau Ali? Kami hanya boleh beritahu, itu hal keluarga dan kami hanya adik beradik dalam industri dan kami rasa mereka okay.

    ALSO READ:  [VIDEO] Pelakon Dedah Telah Cerai Secara Taklik Sebab Suami Minum Ketum – ‘Dia Benarkan Saya Dipukul & Dikurung’

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts