Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Kami Tak Pernah Rancang Pakai Warna Baju Yang Sama, Ia Hanya Satu...

    ‘Kami Tak Pernah Rancang Pakai Warna Baju Yang Sama, Ia Hanya Satu Kebetulan’ – Muaz Zabir

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sering dilihat memakai pakaian warna sedondon dengan Bella Astillah dalam beberapa acara hiburan, pelakon Muaz Zabir menyifatkan perkara tersebut hanyalah satu kebetulan.

    Putih memang warna pilihan saya

    Menerusi temu bual bersama Muaz berkata, dia tidak pernah berbincang dengan Bella untuk menggayakan warna pakaian yang sama setiap kali mereka muncul di mana-mana acara.

    Ia hanya satu kebetulan. Tadi pun saya sempat bertemu Bella dan masing-masing mengenakan warna pakaian yang sama untuk acara ini.

    Tapi percayalah kami tak pernah merancang atau saya ajak dia untuk pakai warna busana sama.

    Lagipun warna putih yang saya gayakan ini memang warna pilihan saya dalam kebanyakan acara yang dihadiri.

    Disoal sama ada terdetik untuk menambat hati Bella ataupun tidak memandangkan tempoh edahnya sudah habis, Muaz hanya menjawab tidak.

    Saya tak pernah anggap ia sebagai satu peluang yang perlu direbut, tapi apa yang boleh saya cakap kami hanya berkawan.

    Insya-Allah kami akan ada projek bersama dalam waktu terdekat dan kita akan berjumpa nanti.

    Jadi tak bolehlah nak bermasam muka, sebaliknya kami jalani kehidupan masing-masing dan buat yang terbaik.

    Muaz yang ditemui pada majlis pengumuman Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH 36) di Hotel Courtyard By Marriot Kuala Lumpur South, malam tadi, turut mengakui dia hadir memberi sokongan terhadap Bella dalam satu acara persembahan, baru-baru ini.

    Setiap individu ada hak untuk beri sokongan, termasuk juga saya yang memilih untuk menyokong artis-artis lain termasuk orang yang saya senangi.

    Kalau saya ada peluang untuk beri sokongan kepada mana-mana artis seperti yang dilakukan dengan menghadiri teater yang dibintangi Riena Diana dan Elly Suriatie saya akan cuba melapangkan waktu bersama mereka.

    Sebelum ini, Muaz memberitahu dia tidak menolak sekiranya bertemu jodoh dengan Bella dan berterima kasih kepada semua pihak yang tidak putus mendoakan dirinya.

    ALSO READ:  Rahsia Watie Hanifiah Dapat Pasangan Idaman, Kena Rajin Amal Barulah ‘Sangkut’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts