Dalam ramai-ramai selebriti Bollywood, pembikin filem popular Karan Johar dikatakan lebih rapat dengan adik beradik Bachchan; Shweta dan Abishek, Membesar bersama-sama, Karan pernah kongsikan satu momen kanak-kanaknya bersama dengan Shweta dalam sebuah podcast.
Dalam podcast tersebut, Karan bercerita bagaimana satu momen itu, Jaya Bachchan menampar Shweta di hadapannya kerana satu perkara yang tak sepatutnya mereka lakukan.
View this post on Instagram
Mengimbau semula momen tersebut, Karan mendedahkan ada satu peraturan yang paling utama dan tak sepatutnya mereka melanggar, iaitu tidak dibenarkan membaca majalah filem.
View this post on Instagram
Mendedahkan dirinya seorang sahaja yang akan menyelinap masuk majalah filem ‘CineBlitz’ dan ‘Star Dust’ untuk dibaca bersama Shweta. Kongsi Karan lagi, dia cuba memberitahu Shweta apakah “Nita’s Natter” dalam majalah tersebut.
“Saya cuba memberitahu dia (Shweta) apa sebenarnya “Nita’s Natter”, yang merupakan ruangan gosip dalam halaman 4 muka surat yang pertama majalah. Kalau hari ini kita panggil ‘blind item’, dulu ia dipanggil ‘Cat’s Crown’.”
Sedang asyik membaca ruangan “Nita’s Natter’, tanpa sedar mereka tertangkap dengan Jaya Bachchan. Memarahi kedua-duanya kerana melanggar peraturan, Karan mendedahkan Jaya telah menampar Shweta di hadapan mukanya.
View this post on Instagram
“Tetapi disebabkan hanya saya seorang saja yang berjaya menyelinap masuk CineBlitz dan Star Dust, kami jadi seronok membacanya. Dan pada ketika itu Jaya Aunty (panggilan Jaya Bachchan) menangkap kami dan menampar Shweta kerana membaca majalah Star Dust bersama saya.”
Sekadar info, Shweta pernah kongsikan cerita kehidupannya sebagai anak sulung di mana dia telah mendapat banyak ‘pukulan’ daripada ibunya, manakala Abishek pula ‘hampir tidak ditampar’.