Sempena 23 tahun keberadaan Nidji di dalam industri muzik Indonesia, Nidji tampil dengan konsert solo pertama Nidji 2.3: The New Chapter.
Dengan cara tersendiri, kumpulangan hangat dari Indonesia ini kekal berdiri teguh sehingga hari ini.
Nidji akan tetap diteruskan
Ketika ditemui , Yusuf Ubay selaku penyanyi utama berkongsi bahawa dirinya tidak terkesan jika ada yang membandingkan dirinya dengan vokalis lama, Giring.
Saya percaya setiap orang ada cara tersendiri. Kita kena jadi diri sendiri.
Kami sudah dalam perjalanan yang baru. Kita lebih fokus pada konsert ini, The New Chapter.
Berikutan dengan itu, Ramadhista Akbar selaku gitaris, akui menghormati keputusan yang dibuat oleh bekas vokalis kumpulan Nidji tersebut.
Ini adalah jalan masing-masing. Kalau balik ke konteks muzik, kami meneruskan dengan dunia muzik dan dia (Giring) sudah berada di dunia dia.
Walau bagaimanapun, kumpulan Nidji merasakan tidak sesuai untuk mengulas lebih lanjut mengenai Giring Ganesha yang dilantik Timbalan Menteri Kebudayaan di bawah kabinet Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.
Nidji berkata demikian ketika sidang media konsert Nidji 2.3: The New Chapter di Hard Rock Cafe semalam.
Konsert sulung
Mengimbas balik detik bersama peminat dari awal kemunculan kumpulan Nidji, mereka merasakan inilah waktunya untuk berterima kasih pada para peminat yang tidak pernah berhenti menyokong sejak awal Nidji melebarkan sayap di dalam industri muzik.
Bagaimanapun, pemilik lagu ‘Cinta Matiku’ ini bakal muncul dengan album baru pada bulan November kelak.
Dalam perkembangan terkini, Nidji yang terdiri daripada lima anggota, Yusuf Ubay (Vokal/Saxophone), Andro Regantoro (Bass), Randy Danistha (Keyboards/Synthesizers), Ramadhista Akbar dan Andi Ariel Harsya (Gitar), serta Adri Prakarsa (Dram) akan mengadakan konsert solo pertamanya itu di Axiata Arena Bukit Jalil pada 2 Februari 2025.
Jualan tiket bermula Jumaat, 8 November 2024 mulai 3 petang di ILASSOTICKETS. Harga jualan tiket bermula dari RM 108 hingga RM258.