Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Kami Tidak Main Cakap” – Kak Ogy Ulas Isu Pengacara Suka ‘Membahan’...

    “Kami Tidak Main Cakap” – Kak Ogy Ulas Isu Pengacara Suka ‘Membahan’ Atas Pentas

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebelum ini, kecoh dimedia sosial mengenai seorang pengacara tempatan menerusi hantaran dalam Instagram Story secara terbuka membuat luahan mengenai sikap pengacara lain ketika mengacarakan program.

    Pengacara itu menyuarakan perasaan kurang selesa apabila pengacara itu gemar ‘membahan’ artis lain atas pentas.

    Ogy Zahir Pandangannya

    Terbaru, menerusi Berita Harian, pelakon dan pengacara senior, Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy turut menzahirkan pandangannya mengenai situasi tersebut.

    Dalam kenyataannya, Ogy berharap kemelut yang berlaku antara dua pengacara popular yang hangat diperkatakan dalam media sosial berakhir dengan baik.

    Fauziah atau mesra disapa sebagai Ogy berkata, dia berharap hubungan dua pengacara berkenan kembali jernih dan tidak membesarkan masalah dalam media sosial.

    Kedua-duanya ada kekuatan sebagai pengacara. Saya pernah menonton aksi mereka.

    Isu ini boleh diselesaikan secara peribadi dan profesional. Kenapa perlu dimuat naik dalam media sosial?

    Itu yang saya tak suka. Terus-terang, banyak benda di sebalik tabir yang saya tahu, tapi tak pernah muat naik dalam media sosial.

    Jadi, saya rasa cara ini salah, tapi itu prinsip dan pemikiran saya berbeza.

    Saya harap mereka kembali okay, insya-Allah

    Meminta Keizinan “Tuan Badan”

    via The Vocket

    Tambah Fauziah, berdasarkan pengalamannya sebagai pengacara, dia juga pernah membuat lawak mengenai hos gandingannya atas pentas, namun di atas keizinan ‘tuan badan’.

    Di luar negara, lawak ‘membahan’ artis atas pentas banyak dilakukan, tapi dengan keizinan.

    Sebagai contoh, saya pernah mengacara program siaran langsung bersama Salih Yaacob, kami saling membahan, tapi di belakang pentas kami berbincang dahulu.

    Kami tidak main cakap atau tukar lain kerana perhatian perlu diberikan lebih kepada anda atau sebagainya.

    Kami bercakap atas dasar ‘teamwork’ dan atas pentas perlukan kerjasama.

    Malah tambah Ogy, ketika di atas pentas, apa yang dicakapkan bukanlah sekadar bercakap, tetapi mereka sudah berbincang dahulu dan atas dasar ‘team work’.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts