Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKamu Kena Tahu Cara Nak Kekal Hidrasi Tubuh Badan Ketika Puasa

    Kamu Kena Tahu Cara Nak Kekal Hidrasi Tubuh Badan Ketika Puasa

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Waktu berpuasa yang panjang mungkin membuatkan badan kita lemah, lesu, bahkan kandungan air yang terdapat dalam badan juga berkurang. Keadaan inilah yang menyebabkan hidrasi – kekurangan kandungan air dalam badan.

    Agar diri kita kekal fit dan sihat dalam menjalankan ibadah puasa, ini cara terbaik yang perlukan dilakukan bagi mengekalkan hidrasi tubuh.

    Minum lebih banyak air kosong ketika berbuka dan sahur

    Mungkin kita sukar untuk merealisasikan tips ini memandangkan kita tidak minum pada siang hari dan fokus mengambil makanan ketika sahur dan waktu berbuka sahaja. Namun cubalah mendisipilinkan diri untuk minum lebih air ketika sahur, berbuka dan waktu malam.

    Elak minuman berkafein dan berkarbonat 

    Kafein mempunyai keupayaan untuk menghapuskan cecair dari badan. Selain itu minuman seperti kopi, teh hitam dan koko adalah sangat tinggi kandungan purines, toksin yang perlu dicairkan menggunakan kuantiti air yang banyak untuk dibuang dari badan.

    Letak sikit ‘perasa’ dalam air kosong

    Jika kamu rasa tidak mampu minum air kosong kerana rasanya yang kurang enak, cuba bereksperimen dengan meletakkan hirisan lemon, timun, selasih atau daun pudina dalam air kosong.

    Minum susu

    Kajian membuktikan bahawa susu adalah baik dalam menggantikan cecair yang hilang akibat berpeluh dan bersukan. Susu didapati mempunyai fungsi hidrasi yang lebih baik berbanding air dan minuman isotonik kerana ia merupakan sumber protein yang berkualiti tinggi, karbohidrat, kalsium dan elektrolit.

    Ambil banyak buah-buahan

    Minum air yang banyak boleh menyebabkan kembung perut, jadi alternatif lain kamu boleh cuba adalah mengambil buah dan sayur. Buah dan sayur mengandungi kandungan air yang tinggi. Antara buah dan sayur yang mengandungi kandungan air yang tinggi adalah tembikai, salad, brokoli, saderi, betik, mangga dan banyak lagi.

    ALSO READ:  Drama Adaptasi Novel Yang Paling Dinantikan, I Love You, Stupid! Kini Eksklusif di Viu

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts