Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKanak-Kanak 9 Tahun Meninggal Dunia Selepas Dijangkiti HIV Daripada Ibu

    Kanak-Kanak 9 Tahun Meninggal Dunia Selepas Dijangkiti HIV Daripada Ibu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dilaporkan meninggal dunia akibat dijangkiti virus HIV (Human Immunodeficiency Virus).

    Maut dijangkiti HIV

    Kanak-kanak perempuan, F, yang berasal dari Indonesia itu dijangkiti penyakit tersebut daripada ibunya yang sedang sakit tenat.

    Bercerita kembali mengenai punca penyakit itu terjadi, nenek mangsa iaitu Kanipah, 57, memaklumkan sucunya itu sering menemani ibunya sehingga ada satu ketika keadaan tubuh wanita tersebut mengeluarkan nanah.

    Wanita itu kemudian disahkan meninggal dunia pada tahun 2021 akibat penyakit kulit dan selepas daripada itu, kanak-kanak terbabit tinggal bersama bapanya.

    Tidak lama selepas itu, keadaan kesihatan mangsa tiba-tiba merosot dan selepas mendapatkan pemeriksaan di hospital, mangsa disahkan menghidap penyakit TB (Tuberkulosis).

    Saya baru tahu ibu mangsa (F) meninggal kerana HIV, keluarga dia yang memberitahu waktu F  dirawat.

    F tak pernah tanya tentang penyakitnya tapi dia biasa cakap sendiri ‘Kenapa mama tergamak bagi penyakit mama kepada aku?’

    Keadaan kesihatan mangsa dikatakan semakin lemah dimana kulitnya semakin teruk dan berat badannya juga menurun daripada 21 kilogram kepada 12 kilogram.

    Mak cik F yang bekerja sebagai sukarelawan komuniti Pusat Kesihatan Masyarakat (Puskesmas) kata kalau HIV peringkat akhir akan menyerang kulit. Jadi dia diberi rawatan, infus dan sebagainya.

    Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital pada 23 Oktober lalu.

    Setiap malam dia berdoa, membaca al-Fatihah, surah-surah pendek, sambil membawa tasbih. Dia berkata, ‘Uti, tolong bacakan Yasin untukku, sudah malam.’ Dia tidur sebentar kemudian meminta dibacakan Yasin lagi.

    Difahamkan, orang yang mengidap HIV berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan TB kerana sistem kekebalan mereka lemah. TB adalah salah satu penyebab kematian tertinggi di kalangan pesakit HIV/AIDS, terutama jika HIV tidak dirawat.

    ALSO READ:  Lebih 2,000 Orang Hadiri Sesi Uji Bakat Calpis Soda OIAM Di Kuala Lumpur! Idayu, Salma Asis & Alina Hassan Turut Cuba Nasib

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts