Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKanak-Kanak Dua Tahun Maut, Dipercayai Jadi Mangsa Kedua Akibat Keracunan Makanan Di...

    Kanak-Kanak Dua Tahun Maut, Dipercayai Jadi Mangsa Kedua Akibat Keracunan Makanan Di Gombak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dilaporkan maut selepas mengalami cirit-birit kerana makan makanan yang dibawa pulang dari sebuah program sekolah agama yang terletak di daerah Gombak pada Sabtu lalu.

    Demam, muntah & cirit-birit

    Memetik laporan Kosmo, kanak-kanak terbabit mengalami gejala seperti demam, muntah dan cirit-birit selepas memakan makanan yang dibawa pulang oleh bapanya yang bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan di sekolah terbabit.

    Pada Sabtu lalu, bapa mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan telah membawa balik makanan daripada program di sebuah sekolah yang sama.

    Semalam (Isnin), ibu mangsa mendapati anaknya demam, muntah serta cirit-birit lalu menghantar anaknya ke Hospital Selayang.

    Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan oleh pegawai Hospital Selayang.

    Terdahulu, seorang remaja lelaki yang berusia 17 tahun maut didakwa akibat mengalami keracunan makanan selepas memakan makanan yang dibawa pulang oleh ibunya pada Sabtu.

    Kini, mayat kedua-kedua mangsa telah dihantar ke Forensik Hospital Selayang bagi tujuan siasatan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts