Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKantoi! Ibu Miley Cyrus Rampas Dan Kahwini Kekasih Anak Bongsunya

    Kantoi! Ibu Miley Cyrus Rampas Dan Kahwini Kekasih Anak Bongsunya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebelum ini semua sedia maklum mengenai pelakon dan penyanyi Miley Cyrus yang mengejutkan dunia hiburan apabila mengumumkan perpisahan dengan suaminya, Liam Hemsworth selepas hanya lapan bulan berkahwin.

    Ibu Miley Cyrus Jadi Bualan Warga Net

    via Entertainment Weekly

    Menurut laporan People.com, keputusan untuk berpisah itu dibuat secara baik oleh Miley dan Liam selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan perkahwinan mereka gagal.

    Malah bukan Miley Cyrus sahaja yang sedang menjadi topik hangat di Hollywood saat ini, tetapi kisah percintaan ibunya, Tish Cyrus juga turut menjadi bualan warga net.

    Kisah Tish Cyrus yang berusia 56 tahun itu menjadi buah mulut apabila dia dikabarkan telah berkahwin dengan bintang siri terkenal Prison Break, Dominic Pursell pada Ogos tahun lalu.

    Menurut Daily Mail UK, Tish dan Pursell berkenalan selepas pelakon tersebut menghantar pesanan kepadanya di Instagram.

    Sejak itu hubungan mereka mula terjalin sebelum berkembang menjalinkan hubungan asmara.

    Merampas Kekasih Anak Bongsu

    via Health Magazine

    Perkahwinan mereka pada awalnya tidak menjadi sensasi sehinggalah satu sumber mendakwa Tish telah merampas kekasih anaknya, Noah Cyrus.

    Noah merupakan adik kepada Miley. Dia yang berusia 24 tahun bercinta dengan Dominic sebelum ibunya ‘mengambil alih’ percintaan dan berkahwin dengan lelaki tersebut.

    Menurut Daily Mail UK, dikatakan ketika Noah menjalinkan hubungan percintaan bersama Dominic, Tish telah menggodanya.

    Bukan itu sahaja, Noah sangat terkesan dengan tindakan ibunya yang merampas kekasihnya. Hal ini menyebabkan Noah tidak hadir menghadiri majlis perkahwinan mereka dan Noah juga didakwa mula memutuskan hubungan dengan ibunya.

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts