Suami kepada pempengaruh media sosial Cut Intan Nabila iaitu Armor Toreador mengaku bersalah kerana membelasah isterinya.
Tonton video lucah
Menerusi laporan Detik.com, pengakuan yang dibuat oleh Armor itu ternyata mengejutkan ramai pihak apabila dia memberitahu memukul isterinya disebabkan menonton video lucah.
Menurut wakil polis Bogor, keterangan itu keluar daripada mulut Armor sendiri.
Tertuduh didapati menonton filem lucah. Itu kali terakhir mangsa dipukul.
Terdahulu, Cut Intan memuat naik rakaman litar tetrutup (CCTV) memaparkan kekerasan yang dilakukan oleh suaminya. Ujar Intan, suaminya itu bukan sahaja melakukan penderaan fizikal terhadap dirinya dan anak malah sudah beberapa kali berlaku curang sepanjang lima tahun mendirikan rumah tangga.
Meskipun sudah memaafkan berkali-kali dan memberi peluang namun suaminya itu masih melakukan kesalahan yang sama.