Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKapsyen Suami Irma Hasmie Undang Pelbagai Reaksi Netizen!-“Dulu Tak Bahagia Ke?…”

    Kapsyen Suami Irma Hasmie Undang Pelbagai Reaksi Netizen!-“Dulu Tak Bahagia Ke?…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perkongsian suami kepada pelakon, Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas dilihat memuatnaik foto perkahwinan dengan seorang wanita.

    Menerusi hantaran di Instagram, Redza turut berkongsi kapsyen yang menyatakan perjalanan baharunya sebagai seorang suami bersama pilihan hatinya itu.

    “Bismillah, perjalanan baharu bermula, fokus kini adalah keluarga, karier dan masa depan bersama. Jazakumullahukahir untuk semua doa. Semoga Allah SWT makbulkan segala doa yang baik-baik kepada kalian dan pertemukan kebahagiaan yang dicari, Aameen Ya Rabbalalamin.”-kapsyen Redza di Instagram

    View this post on Instagram

    A post shared by Redza Syah Azmeer (Sky) (@redzasyahazmeer)

    “Dulu Tak Bahagia Ke? Ada Anak-Anak Ramai…”

    Walaubagaimanapun, lain pula reaksi netizen  di ruangan komen, yang mempersoalkan tindakan Redza berkahwin baharu, malah ramai yang menitipkan doa buat Irma agar menemui pengganti yang lebih baik.

    “Tak bagus la ayat kebahagiaan yang dicari tu Tuan. Kenapa selama ini? Tak bahagia…Anak keluar berapa ramai juga.”

    “Jandakan mak kepada anak-anak untuk mencipta kebahagiaan dengan janda.”

    “Dulu tak bahagia ke? Ada anak-anak ramai. Tak bahagia ke?.”

    “Funny. Perkataan focus tu. Dengan first wife tak dapat focus ke. Dah dengan second wife nak focus. Huhu lelaki semua sama.”

    “Moga Irma jumpa pengganti yang berjuta kali lagi baik yang dapat membahagiakan dia. Takpa, tak rugi lepaskan orang yang tak menghargai dia.”

    “Bahagia eh? Anak sampai 2 orang tak bahagia ya? Nice.”

    Sekadar info, Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer mendirikan rumah tangga pada 2012. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

    Apa komen anda?



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts