Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 4, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKara Perkenal Santan Pek 110ml! Pertama Di Malaysia.

    Kara Perkenal Santan Pek 110ml! Pertama Di Malaysia.

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Korang… baru-baru ni jenama santan terkemuka, Kara telah memperkenalkan santan dalam pek 110ml melalui penganjuran kempen ‘Cinta Kara, Cinta 110%’.

    Ini merupakan saiz pertama seumpamanya dalam Malaysia.

    Santan pek 110ml penuhi keperluan keluarga kecil!

    Saiz pek baharu ini direka khas bagi memenuhi keperluan keluarga bersaiz kecil yang mengutamakan kemudahan dan saiz hidangan yang praktikal.

    Santan Kara juga  bebas kolesterol dan bahan pengawet, menjadikannya pilihan sihat untuk pelbagai hidangan tempatan.

    Kempen ‘Cinta Kara, Cinta 110%’

    Dr. Say (Doktor), Dato Chef Ismail (Chef Selebriti), Ooi Say keong (Ketua Jualan Kara), Jessi Choong (Ketua Pemasaran Kara), Ernie Zakri & Syamel (Selebriti Duta Cinta Kara 110%)

    Ketua Pemasaran Kara, Jessi Choong menegaskan bahawa kempen ini bertujuan membina hubungan kekeluargaan yang erat melalui pengalaman masak bersama.

    Kempen “Cinta Kara, Cinta 110%” turut menampilkan pasangan selebriti tempatan Ernie Zakri dan Syamel bagi mencerminkan semangat cinta dan kekeluargaan.

    “Di Kara, kami sentiasa memberikan 110%, dan dengan kehadiran Ernie dan Syamel yang menggambar mesej cinta dan kekeluargaan kami, ia benar-benar menyentuh hati rakyat Malaysia. Lagu Cinta Kara, Cinta 110% yang disampaikan oleh mereka mencerminkan kegembiraan dan keharmonian yang dibawa oleh Kara ke dalam setiap hidangan.” katanya.

    Selain itu, Kara turut bekerjasama dengan chef selebriti terkenal, Dato’ Chef Ismail bagi memperkenalkan resipi-resipi eksklusif seperti Cinta Kara Nasi Hijau dan Ayam Berempah, Cinta Kara Salad Tropika, serta Cinta Kara Puding Roti Royal

    Semua resepi-resepi ni korang boleh dapatkan di Facebook, Instagram dan TikTok Kara.

    Turut diraikan pemenang pertandingan ‘Sayang Kara & Menang’ yang berlangsung pada 1 September hingga 31 Oktober 2024 lalu dimana mereka berpeluang beramah mesra bersama Ernie dan Syamel, menonton persembahan secara langsung serta peluang menyertai pelbagai aktiviti menyeronokkan yang mesra keluarga seperti Coconut Shake Cycle, Coconut Bowling dan Shoot the Coconuts.

    ALSO READ:  Mari rayakan Hari Raya dengan #TikTokShopBazarRaya2024

    Kara jenama santan paling disukai

    Menerusi pelancaran kali ini Kara terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai jenama santan paling digemari oleh rakyat Malaysia.

    Kara juga sedang merangka lebih banyak acara dan kempen menarik, termasuk sambutan ulang tahunnya yang ke-25 pada tahun hadapan.

    Tonton muzik video kreatif Kara bersama Ernie Zakri dan Syamel dan jangan lupa untuk cuba kesemua resepi eksklusif Dat0′ Chef Ismail hari ini.

    Dapatkan lebih banyak resepi masakan menarik, melalui Facebook dan Instagram Kara.

     

    The following two tabs change content below.



    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts