Setelah hampir lima tahun, Karnival Jom Heboh (KJH) kembali menyapa rakyat Sabah.
Aktiviti menarik KJH Sabah
Acara ikonik ini akan menggegarkan tapak KJH Kota Kinabalu, Sabah dari 27 hingga 29 Disember 2024 sekali gus menjadikan lokasi terakhir siri jelajah KJH pada tahun ini.
Disenaraikan sebagai ‘Acara Padang Paling Lama’ oleh The Malaysia Book of Records, KJH terus menjadi acara kegemaran rakyat Malaysia.
Sejak dianjurkan pada tahun 2003, karnival ini telah menarik jutaan pengunjung dan menjadi platform yang menyatukan komuniti melalui hiburan, interaksi, dan pelbagai aktiviti menarik.
Pengunjung boleh beramah mesra dengan selebriti kegemaran mereka di Studio Tonton Drama Sangat.
Sertai juga aktiviti menyeronokkan seperti Buletin Challenge, pertandingan mewarna, dan sesi bersama maskot yang comel pastinya mencuit hati.
Selain itu, reruai jualan oleh jenama popular seperti F&N, Marigold dan 4Fingers menjanjikan tawaran menarik.
Tidak ketinggalan, perkhidmatan seperti KWSP, Affin Bank dan U-Mobile turut hadir dengan promosi eksklusif buat pengunjung yang hadir.
Konsert ‘Jom Lokal Jam’ yang penuh warna-warni juga menanti pengunjung pada 27 Disember ini.
Manakala, Konsert Jom Heboh yang membariskan artis tanah air, termasuk persembahan istimewa alumni One In A Million pula dijadualkan berlangsung pada 28 dan 29 Disember 2024.
Bawa seisi keluarga
Sepanjang tiga hari itu, KJH Sabah akan menjadi medan pertemuan komuniti dengan aktiviti-aktiviti sesuai untuk seisi keluarga.
Rangkaian program dari hiburan hingga promosi jualan, bersama persembahan menarik dari selebriti, memastikan setiap pengunjung mendapat pengalaman yang tidak akan dilupakan.
Pengarah Projek Karnival Jom Heboh, Ms Eileen berharap, penganjuran KJH di negeri bawah bayu itu dapat mengukuhkan semangat serta ukhmat rakyat.
Sabah sentiasa menjadi destinasi istimewa buat kami. Kembalinya KJH ke sini adalah penghargaan kepada rakyat Sabah dan Sarawak yang sentiasa memberi sokongan padu.
Kami berharap karnival ini menjadi platform yang mengukuhkan lagi semangat kebersamaan dan ukhuwah.
Sebagai usaha menyebarkan kebaikan, para pengunjung juga boleh menyertai inisiatif Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima dengan memberikan sumbangan di reruai khas sepanjang karnival berlangsung.
KJH Sabah akan berlangsung dari 9.00 pagi hingga 11.00 malam setiap tiga hari. Tandakan kalendar anda, dan pastikan untuk membawa seisi keluarga bagi menikmati keseronokan dan pengalaman luar biasa ini.
Sebarkan kegembiraan dan keterujaan anda di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #TV3SentiasaBersamamu, #KarnivalJomHeboh, #CalpisSodaOneInAMillion dan #InspirasiGenerasi.