Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKarnival ‘Maggi Sah Malaysia’ Rai Rasa Cinta Rakyat Terhadap Makanan Melalui Citarasa...

    Karnival ‘Maggi Sah Malaysia’ Rai Rasa Cinta Rakyat Terhadap Makanan Melalui Citarasa Negara Sebenar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Maggi berbangga untuk mengumumkan kembalinya kempen Maggi Sah Malaysia yang sangat dinantikan.

    Kini memasuki tahun kelima, kempen ini meraikan aneka warisan kulinari Malaysia serta individu-individu berdedikasi di sebalik perisa Maggi tempatan yang telah menjadi makanan ruji dalam keluarga selama beberapa generasi.

    Ini Maggi Kita

    Maggi Kari kegemaran Malaysia diperbuat dengan adunan unik 12 rempah-ratus,dimasak perlahan untuk mencapai tahap ‘pecah minyak’ untuk rasa yang terbaik

    Tema tahun ini, ‘Ini Maggi Kita’ memberi penghargaan kepada hubungan mendalam yang dikongsi bersama rakyat Malaysia dengan Maggi Kari perisa ikonik yang digemari rakyat Malaysia sejak 53 tahun lalu. Menjadi kesukaan ramai di semua peringkat umur dan latar belakang, Maggi Kari terus menjadi hidangan asas di setiap dapur rakyat Malaysia.

    Sebuah karnival yang menawarkan pengalaman menyeronokkan dan menarik untuk semua dengan menampilkan siri aktiviti yang interaktif bakal menemui pengunjung di tiga lokasi iaitu Petaling Jaya dan Cheras di Selangor, dan juga George Town di Pulau Pinang pada September dan Oktober ini.

    Tertumpu kepada Maggi Kari yang sentiasa menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan rangkaian Syiok yang baru dilancarkan, karnival ini menampilkan enam zon berbeza seperti Mangkuk Gergasi, Dapur, Studio, SYIOK, Pasaraya dan Bistro dan setiap satunya direka untuk menawarkan pengunjung satu perjalanan yang mendalam melalui pengalaman kulinari yang interaktif.

    Pelan Karnival Sah Malaysia di 1 Utama Shopping Centre, Selangor

    Karnival Maggi Sah Malaysia akan bermula di 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya dari 19-22 September. Ia kemudian akan bergerak ke MyTOWN Shopping Centre di Cheras dari 11-14 Oktober, dan akan berakhir di Gurney Paragon Mall di George Town dari 24-27 Oktober.

    Menurut Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi Malaysia dan Singapura, Cik Ivy Tan Link Cheh, berkata, di Maggi mereka percaya bahawa rasa adalah teras budaya, terutamanya di negara yang majmuk seperti Malaysia.

    Karnival Sah Malaysia kami bukan sahaja mengetengahkan Maggi Kari yang disukai di seluruh negara, tetapi ini adalah sebahagian daripada komitmen kami dalam memelihara dan mengangkat warisan kulinari Malaysia.

    Pelancaran rangkaian Maggi Syiok dan Maggi Kari Kaw dengan rasa yang dipertingkatkan menjadi bukti kepada dedikasi Maggi dalam memenuhi permintaan rakyat Malaysia kepada rasa dan aroma yang padu dan sentiasa menjadi pilihan utama mereka.

    Kami sangat teruja untuk menghimpunkan rakyat Malaysia di acara yang menawarkan pengalaman imersif ini, di mana mereka boleh menikmati citarasa tempatan serta mendalami bagaimana Maggi menjadi sebahagian daripada penciptaan hidangan yang sihat dan seimbang yang mengangkat tradisi makanan tempatan kita.

    Pengalaman interaktif untuk semua

    Pengunjung boleh menikmati pengembaraan Kari yang pertama seumpamanya di Mangkuk Gergasi Kari KAW

    ALSO READ:  Sean Lee Tak Perlu Bermewah, ‘Celebrate Birthday’ Isteri Hanya Lepak Di Raub – ‘Terima Kasih Sebab Hadir Dalam Hidupku!’

    Pengunjung akan memulakan pengembaraan unik yang pertama seumpamanya di Mangkuk Gergasi Kari KAW, suatu hasil seni digital yang memukau. Di sini, mereka akan melangkah masuk ke dalam mangkuk besar Maggi Kari KAW. Maggi kari yang dipertingkatkan, menonjolkan usaha Maggi dalam memenuhi citarasa rakyat Malaysia yang menggemari perisa yang ketara dan padu.

    Pengunjung boleh mencipta sendiri mangkuk Maggi Kari Kaw yang paling mencerminkan rakyat ‘Malaysia’ bersama pengunjung lain, menggunakan pelbagai ramuan dan penambah perasa. Mereka juga boleh muncul di skrin sebagai ramuan kegemaran mereka.

    Sambil berkongsi kisah dan perisa Mi Maggi 2-Minit kegemaran mereka dan saat mereka jatuh cinta dengan Maggi pengunjung dapat menjalin hubungan mereka dengan Maggi serta mempelajari tentang bahan-bahan berkualiti yang membentuk setiap produk Maggi.

    Selain itu, ruang bergambar yang menarik untuk Instagram juga disediakan buat pengunjung merakam dan berkongsi detik #MaggiKita mereka di Karnival ini.

    Pengunjung perlu melengkapkan Cabaran Mi Loop di bawah satu minit untuk memenangi Maggi Kari Kaw Bowl di Studio Maggi

    Pengunjung menghiasi mangkuk peribadi mereka sendiri di Studio Maggi

    Di Studio Maggi, pengunjung akan diberi peluang untuk menghias mangkuk Maggi mereka sendiri dengan pelekat-pelekat menarik. Mangkuk-mangkuk ini diperbuat daripada pembungkusan kertas yang lestari, mencerminkan komitmen Maggi untuk mengurangkan sisa plastik, justeru membantu menyingkirkan lebih daripada 600 tan plastik asli setiap tahun.

    Jangan lepaskan peluang untuk menghias sendiri mangkuk Maggi anda yang tersendiri di samping menyumbang kepada masa hadapan yang lebih lestari!

    Nikmati hidangan terbaik hasil karya kulinari Maggi

    Chef Maggi, Chef Sharifah mempamerkan cara menyediakan Ayam Goreng Rempah menggunakan produk Maggi di Dapur Maggi

    Di dapur Maggi, demonstrasi memasak secara langsung oleh Chef Maggi, Chef Sharifah, akan mengetengahkan tiga Resepi lazat menggunakan produk Maggi dengan menampilkan kaedah unik dalam mencipta hidangan seimbang.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Walaupun Anak Kita Orang Pandang Tak Elok, Tapi Saya Anggap Dia Baik’ – Bonda Rozita

    Pengunjung juga boleh mencuba rasa ketara Maggi Kari Kaw dan Maggi Tom Yum Kaw dari rangkaian Syiok terbaharu semasa waktu riang memasak Maggi. Mereka juga berpeluang mempamerkan bakat kulinari mereka dalam cabaran memasak dengan Mi Maggi 2-Minit untuk peluang memenangi hadiah eksklusif.

    Pengunjung diberi pelbagai pilihan ramuan untuk ciptaan unik hidangan mi Maggi kegemaran mereka di Bistro Maggi

    Setiap individu pastinya mempunyai cara yang tersendiri dalam menikmati mi Maggi. Di Karnival ini, para pengunjung juga diberikan peluang untuk mencipta sendiri hidangan Maggi kegemaran mereka secara kreatif!

    Bagi mereka yang ingin bereksperimen dengan ciptaan mi segera, Maggi Bistro membolehkan pengunjung mencipta hidangan yang lazat dan seimbang dengan mencampur dan memadankan empat bahan masakan khusus dengan pilihan mi Maggi yang dibeli dari Pasaraya Maggi. Barangan eksklusif Karnival Maggi Sah Malaysia juga boleh ditebus dengan pembelian minimum RM20.

    Barangan Karnival Maggi Sah Malaysia yang eksklusif juga boleh ditebus dengan pembelian minimum RM20 di Pasaraya Maggi

    Macam ni baru Syiok

    Rangkaian Maggi Syiok merupakan kelainan kepada citarasa tempatan yang digemari dan boleh didapati dalam dua perasa berasaskan kuah iaitu Kari Kaw yang mantap, dan Tom Yum Kaw yang lazat dan beraroma, serta dua jenis mi kering, Cili Ala Kampung yang pedas berempah serta Aglio Olio yang berinspirasikan citarasa antarabangsa

    Pengunjung boleh mengetahui dan mengenali skuad Syiok mereka dengan mengambil kuiz personaliti yang menyeronokkan di Zon Syiok

    Bersempena dengan Kempen Sah Malaysia, Maggi juga melancarkan siri kegemaran rakyat Malaysia. Rangkaian Syiok merupakan kelainan kepada citarasa tempatan yang digemari dan boleh didapati dalam dua perasa berasaskan kuah iaitu Kari Kaw yang mantap, dan Tom Yum Kaw yang lazat dan beraroma, serta dua jenis mi kering iaitu Cili Ala Kampung yang pedas berempah, serta Aglio Olio yang berinspirasikan citarasa antarabangsa.

    ALSO READ:  Bekas Isteri Sam Bunkface Enggan Kurangkan Nafkah Anak Kerana ‘Maleeq Berbelanja RM15 Untuk Aiskrim & Mainan’

    Di Zon Syiok, pengunjung boleh mengetahui dan mengenali skuad Syiok mereka dengan mengambil kuiz personaliti yang menyeronokkan, diikuti dengan peluang bergambar di Mangkuk Celup Maggi Syiok Kari.

    Sebagai ganjaran, pengunjung akan menerima satu pek Maggi Syiok untuk menikmati rasa Kaw di rumah. Rangkaian Syiok yang baharu ini mencerminkan dedikasi Maggi dalam menggabungkan inovasi dengan perisa tempatan yang digemari, menghasilkan produk yang benar-benar dibuat oleh rakyat Malaysia, untuk rakyat Malaysia.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts