Pelakon berpengalaman, Kartina Aziz menasihatkan pelakon-pelakon baru untuk sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain sekiranya mahu terus kekal relevan dalam industri lakonan.
Harus ada adab
Ketika ditemui , Kartina yang mesra membahasakan dirinya sebagai ‘mama’ itu berpendapat bahawa sekiranya pendatang baharu mengamalkan perkara tersebut, sudah tentu keserasian bersama pelakon lain dapat dibina dengan lebih mudah sekaligus berupaya untuk menghasilkan karya yang lebih berkualiti.
Berlakon ini adalah kerjaya, setinggi mana pun kedudukan dan populariti yang ada pada seseorang pelakon, tinggalkan ‘crown’ (kedudukan) apabila masuk ke set penggambaran.
Tak kiralah muka cantik ke, suara sedap ke, lelaki sado dan ada gaya ke, jadi pelakon mesti rendah diri.
Kartina berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis ‘Dari Poket Artis Ke Poket Artis’ yang diadakan di kediaman Zamarul Hisham yang terletak di Shah Alam, baru-baru ini.
Ketika ditanya mengenai pengalaman bekerjasama dengan pelakon baharu, pelakon berusia 69 tahun ini memaklumkan
Mama pernah ya waktu di set penggambaran tanya seorang pelakon itu, ‘Apa khabar?’. Tapi dia sibuk main telefon.
Itu sedikit pengalaman yang mama pernah laluilah. Kalau nak cakap pasal perbezaan, banyak sangat kalau nak dibandingkan sewaktu mama mula berlakon dahulu.
Waktu mula berlakon dulu, mama sempat bekerja dengan pelakon legenda seperti Normadiah, S. Kadarisman dan Kuswadinata. Mereka ini bergurau juga tetapi selalu mengajar kita untuk menghormati satu sama lain.
Tak kisahlah kamu pelakon ‘lead’ ke, ‘second lead’ ke, semua sama sahaja.
Tambah pelakon berusia 69 tahun ini lagi, para pelakon yang sedang meningkat naik juga seharusnya menggunakan peluang yang ada untuk menimba ilmu daripada barisan pelakon senior.
Kalau nak berlakon, buat betul-betul dan tumpukan hidup kita di set penggambaran.
Curi ilmu daripada pelakon senior sebanyak mungkin. Kalau umur awak 20 tahun, awak ada 40 tahun lagi untuk capai usia seperti kami (pelakon veteran), banyak lagi (cabaran) yang akan ditempuh dan dilalui.
Kalau ditegur pelakon senior itu, terima dengan hati terbuka dan lihat dari sudut positif.