Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, September 8, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKarya Malaysia Menonjol Pada Satu Majlis Di Beijing Bersempena Pertandingan Filem Pendek...

    Karya Malaysia Menonjol Pada Satu Majlis Di Beijing Bersempena Pertandingan Filem Pendek Cegah Penipuan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sedar akan keperluan tingkatkan kesedaran penipuan atau ‘scam’, sebuah syarikat Malaysia iaitu SunStrong Entertainment telah menganjurkan Pertandingan Filem Pendek Cegah Penipuan (Scam Prevention Short Film Contest).

    Diadakan Di China

    Majlis pengaungerahan yang diadakan di Beijing, China baru-baru ini menyaksikan hadiah wang berjumlah AS$128,000 (RM590,656) dianugerahkan kepada entri yang menang, malah kebanyakkannya merupakan karya warga Malaysia.

    Pertandingan antarabangsa anjuran bersama Horizon Corporate Volunteer Consultancy (HCVC) dari China ini yang membuka tirai pada bulan November tahun lepas telah menerima sebanyak 59 dan 29 entri bagi Kategori Terbuka dan Kategori Pelajar masingmasing.

    Jalinan Antara Malaysia Dan China

    via YL Goh

    Sepuluh karya kemudian disenarai pendek untuk setiap kategori. Bertemakan ‘Sumbang Bakat, Cegah Penipuan’, pertandingan ini turut merupakan jalinan antara rakyat Malaysia dan rakyat China dalam bidang seni untuk tujuan bersama yang turut terserlah ketika persembahan gabungan tarian tradisional Melayu dan tarian
    kipas tangan Cina pada majlis tersebut.

    Bagi Kategori Pelajar, hadiah pertama yang bernilai AS$5,000 (RM23,073) jatuh kepada A Forever Promise (China) yang mengisahkan graduan muda yang menjadi mangsa penipuan pekerjaan.

    Manakala hadiah kedua, Got Trapped (Malaysia) dan hadiah ketiga, Sink (Malaysia) dianugerahkan AS$3,000 (RM13,844) dan AS$1,500 (RM6,922) masingmasing.

    Bagi Kategori Terbuka, Help (China) yang mengisahkan mangsa penipuan telefon, meraih hadiah pertama serta menerima AS$50,000 (RM230,725). Hadiah kedua, Bad Days (Malaysia) memperoleh AS$20,000 (RM92,290), manakala hadiah ketiga, Scripted (Malaysia) memenangi AS$10,000 (RM46,145).

    Berterima Kasih Kepada Pengadil

    Pemenang pemenang dari Malaysia zahirkan terima kasih kepada pengadil atas pengiktirafan ini yang akan mengalakkan mereka hasilkan karya yang lebih baik di masa depan.

    Panel pengadil turut dianggotai Pengarah Akademi Filem Shanxi, Jia Yue dan Pengarah Leopard Change Academy, Zhang Dadou serta Dekan Kehormat Akademi Seni dan Teknologi Nanhai, Zhou Shixing.

    ALSO READ:  Baby Shima Mahu Bertanding PRN, Netizen Sudah Tak Sabar Mahu Undi?-“Nak Turun Kempen Ni..”

    Semua filem pendek berkenaan dapat ditonton menerusi pautan https://sseshortfilmcontest.com/Gallery



    Credit: Filem – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,267FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts