Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKasih Sayang Kepada Puteri Sarah Terjejas oleh Penyondol Kejam – Patimah Ismail

    Kasih Sayang Kepada Puteri Sarah Terjejas oleh Penyondol Kejam – Patimah Ismail

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    patimah patimah

    Hubungan kekeluargaan yang masih utuh antara pelakon Puteri Sarah bersama bekas ibu dan bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail sering mendapat perhatian warganet.

    Luahan hati seorang ibu

    patimahpatimah

    Terbaru, tinjauan mendapati, Patimah meninggalkan komen pada salah satu hantarannya di Instagram (IG).

    Menurut Patimah, dia sama sekali tidak menyokong tindakan yang diambil oleh Syamsul. Walau bagaimanapun perkara tersebut tidak menafikan kasih sayangnya terhadap anak lelakinya itu.

    Dalam pada itu, Patimah turut meluahkan perasaan kecewa apabila kehadiran orang ketiga telah meragut kebahagiaan menantunya meskipun Puteri Sarah disifatkan sebagai seorang wanita yang baik.

    Tidak sokong anak bukan bermakna tidak sayang, kasih sayang kami kepada Puteri Sarah adalah kerana dia menantu yang menjaga anak-anaknya dengan baik sepanjang bersama Syamsul.

    Namun kebahagiaannya digugat oleh penyondol kejam.

    Menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet menyokong kenyataan Patimah selain mengaguminya dan suami sebagai mentua yang penyayang serta wajar untuk dicontohi.

    Terima kasih datin jadi contoh mak mentua yang terbaik, dan membuktikan masih wujud mertua yang tak menyebelahi anak kandung sendiri yang buat salah. Sentiasa menyayangi Sarah dan anak-anak, bertuah Sarah dapat mak mentua macam datin.

    Boleh bagi anugerah mentua terbaik di Malaysia dan boleh dijadikan sebagai role model buat semua.

    Mentua yang terbaik! Selalu perjuangkan maruah menantu.

    Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.

    Walau bagaimanapun, rumah tangga mereka itu runtuh selepas mereka dengan rasminya bercerai pada 14 Jun tahun lalu.

    Syamsul kemudiannya telah mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Ira Kazar pada Januari 2023.

    ALSO READ:  [VIDEO] Jebat Jayden ‘Punca’ Sharnaaz Ahmad Tubuh Kelab Bola Sepak – ‘Dia Betul-Betul Minat Ronaldo’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts