Siapa yang sanggup berteman dalam lingkungan toksik? Ini bermakna berurusan dengan orang yang sentiasa penuh rasa dengki, iri hati, mulut jahat, suka memecah belahkan atau pada kata lainnya, negatif!
Pemangsa itu boleh jadi sahabat rapat, atau malah musuh. Mereka sentiasa mencari kesalahan orang lain atau tidak sedar bahawa tingkah laku mereka juga telah menyakitkan sahabat atau orang lain.
Baru-baru ini, pelakon Nabila Huda mengejutkan ramai apabila meluahkan kemarahannya terhadap seorang wanita yang digambarkan sebagai toksik kerana selalu mencemar suasana.
Pada masa yang sama, Nabila, 40 tahun, atau lebih dikenali sebagai Abil hanya menunggu masa untuk mendedahkan permainan wanita yang selalu mengaku dirinya sebagai mangsa.
“Ingat, semua orang tidak bodoh, semua hanya sabar sahaja dengan tingkah laku kau. Ingatlah, kesabaran ada hadnya. Tingkah laku takkan berubah, kau memang sudah lupa diri sangat. Semakin menjadi-jadi,”
“Bukan bossy (suka memerintah), tetapi kau nak kawal semua orang, porak perandakan semua benda,”
Tanpa mendedahkan siapa wanita yang dimaksudkan, Nabila Huda Suhaimi memberi amaran agar individu tersebut berhenti dari tindakan negatifnya.
“Kaulah punca semua orang berpecah-belah, selepas itu kau buat cerita supaya kau nampak macam mangsa. Dah banyak sangat aku bersabar, jangan ingat aku tak tahu apa yang kau buat di belakang,”
Banyak reaksi diberikan terhadap luahan hati Nabila tersebut dengan meminta tahu siapa wanita tersebut.
“Kak Abil, jangan marah-marah. Tetapi, saya nak tanya, siapakah itu?,” tanya pengikut.
“Boleh kongsikan info sedikit tak mengenai ‘individu’ itu? Saya sanggup bayar untuk mengetahui segalanya,” ujar peminat.