Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Kau Tau Tak Ini Bukan Bapa Kau”- Achey Berang Mulut Puaka Saudara...

    “Kau Tau Tak Ini Bukan Bapa Kau”- Achey Berang Mulut Puaka Saudara Cakap Lepas Depan Anak Angkatnya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Amalan mengambil anak angkat kini semakin diterima masyarakat, bagaimanapun ia bukan sesuatu yang mudah, bahkan ada pasangan yang perlu berhabis wang ringgit bagi tujuan itu.

    Mengambil anak angkat merupakan satu tindakan yang amat digalakkan, lebih-lebih lagi jika si anak itu merupakan anak yatim. Ini pastinya dapat membela kehidupan si anak ke arah yang lebih baik dan terjamin.

    Namun tidak dinafikan, ia tidak semudah seperti apa yang dijangka. Kadangkala perlu menelan pelbagai cacian mahupun hinaan orang sekeliling kerana tidak dapat melahirkan zuriat sendiri sehingga perlu mengambil anak angkat.

    Masih boleh berdiam apabila diri dihina, pelawak Achey bagaimanapun tidak mampu menahan sabar melihat anak angkatnya, Tiara Zinnirah menjadi sasaran sikap biadab segelintir individu yang juga saudara terdekat.

    Katanya, pernah terjadi insiden yang mencetuskan kemarahan sebaik mendengar mulut jahat ‘sentuh’ emosi permata hatinya yang mendorong dia nyaris bertindak sebelum ditenangkan isteri.

    “Perkataan mandul, tak subur dan sebagainya sudah biasa saya dengar dan cakap ‘engkau ni masalah’, saya cuma diam. Tapi ada satu kenduri depan anak saya dia kata ‘kau tau tak ini bukan bapa kau’.”

    “Rasa nak sepak pakcik tu, sebab dia tak jaga mulut isteri dia. Ketika itu saya tak okey (marah), orang rumah terus bangun gosok belakang minta saya sabar.”

    Menurut pemilik nama lengkap Mohd Nasir Hamzah, 37, itu, soal belum dikurniakan zuriat sendiri selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga dengan isteri, Nor Hasanah Yahaya dianggap sebagai ujian Allah.

    Katanya, mereka berdua masih belum berputus ada untuk berikhtiar malah pernah mencuba pelbagai usaha termasuk Persenyawaan In Vitro (IVF).

    Terdahulu, Achey dan isterinya mengambil Tiara yang kini berusia lima tahun sebagai anak angkat pada 2018.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts