Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKeadaan Ali Sariah Demam dan Batuk Mendekati Pertandingan AJL38 – 'Admit Saya...

    Keadaan Ali Sariah Demam dan Batuk Mendekati Pertandingan AJL38 – ‘Admit Saya Sedikit Gementar’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Vokalis kumpulan Masdo iaitu Ali Sariah memberitahu dia mengalami demam dan batuk sejak Sabtu lalu.

    Doa segera sembuh

    Menerusi laporan Harian Metro, Ali berkata, dia sudah boleh merasakan bahawa hal sepeti itu akan terjadi. Oleh sebab itu, dia berharap semuanya dipermudahkan memandangkan mereka hanya ada dua hari sahaja lagi untuk beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38.

    Jujur saya agak gementar sekarang ini sebab tinggal beberapa hari saja lagi. Saya sudah menjangkakan hal seperti ini walaupun sudah sedaya upaya  jaga kesihatan diri menjelang AJL38 tapi itulah kita hanya mampu merancang.

    Saya sudah mengalami demam dan batuk sebelum konsert jelajah di Manchester pada 25 Februari lalu. Insya-Allah semuanya akan baik-baik saja. Saya pun sudah dapatkan rawatan dan makan ubat. Doakan saya segera sembuh.

    Disoal mengenai lagu ‘Inilah Jalannya’ ciptaan Masdo dan Noh Salleh diramalkan sebagai juara AJL38, Ali menganggap segala yang dihajati sebagai doa.

    Kami anggap semua itu doa. Apa yang paling penting fokus kami pada malam itu dan cuba buat persembahan sehabis baik serta memeriahkan suasana.

    Tambah Ali, mereka akan cuba memberikan persembahan terbaik dan paling ikonik dalam sejarah.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts