Pelakon dan personaliti media sosial, Norreen Iman membuat perkongsian di Instagram mengenai dirinya yang berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan umrah, pada Selasa.
‘Hari jadi aku, di Mekah’
Selain Norreen dan suami, kelihatan isteri kepada pelakon Syukri Yahya turut berangkat bersama pasangan itu bagi menunaikan umrah.
Bismillahirahmanirahim. Kepada yang mengenali saya, maafkan saya. Doakan baik-baik ye. Andai ada secebis hama amarah dalam hati pasal aku, aku nak minta maaf. Dan aku maafkan semua orang juga.
Menerusi beberapa foto dan video yang dikongsikan, memaparkan Norreen tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata kerana diberi rezeki menjadi salah seorang tetamu Allah untuk ke Tanah Suci Mekah.
Terima kasih ya Allah. Kau jemput aku datang lepas apa yang aku dah hadap. Lepas apa yang aku dah buat. Allahuakbar.
Hari jadi aku, di Mekah. Dia makbulkan doa aku. Sekali lagi. Tiada sambutan. Hanya aku, diri aku. Hadap Kaabah pagi tadi.
Terdahulu, Norreen tampil mengenakan hijab dan sedang dalam fasa untuk berubah ke arah lebih baik.