Penyanyi Shila Amzah meluahkan rasa marah terhadap tindakan seorang individu berstatus ibu yang dipercayai mengeluarkan kata-kata kurang baik kepadanya.
‘Mulut jahat’
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah bagaimanapun menahan kemarahannya kerana mahu menghormati bulan Ramadan.
Mendidihnya hati ini, tapi nasib bulan puasa. Suami kata sabar. Ya sayang, saya sedang bersabar.
Sebagai seorang manusia, tolong jaga lisan. Tolong lah wahai insan. Terutama apabila awak seorang ibu dan juga memiliki anak, ingat itu.
Menyifatkan individu terbabit sebagai seorang ‘bermulut jahat’, pelantun lagu Patah Seribu itu berkata dia pernah berdepan dengan beberapa individu dengan perangai sama sebelum ini.
Benar saya pernah jumpa seseorang yang mulut jahat macam awak. Awak tiada yang istimewa. Saya dah pernah jumpa orang jenis macam awak sebelum ini.
Pun begitu, kepada siapa hantaran tersebut ditujukan tidak didedahkan oleh Shila.
Sekadar info, Shila kita sedang sarat hamil cahaya mata kedua dan dijangka bakal bersalin pada bulan Syawal ini.
Shila mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh media sosial iaitu Ubai MZ pada Ogos 2023.
Sebelum ini, Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki pada 2018 namun berpisah pada 2022.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Seth Uwais.