Satu perkongsian di laman Instagram milik Black Hanifah mengenai anak sulungnya cetus pelbagai reaksi netizen.
Kongsi Pengalaman Anak Sulung
Dalam video yang telah dimuat naik oleh Black, dia menceritakan mengenai pengalaman anak bujang sulungnya yang baru berusia 9 tahun menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Langkawi.
Pertama kali anak bujang saya Dayyan menaiki kapal terbang seorang diri dari Kuala Lumpur ke Langkawi seorang diri.
Kepada semua, hati-hati memandu balik kampung nanti.
Tulis Black, ini merupakan kali pertama anaknya itu menaiki kapal terbang seorang diri dari Kuala Lumpur ke Langkawi tanpa dia dan isteri disisi untuk menemani anak sulungnya itu.
Dalam video tersebut juga menunjukkan Dayyan membuat rakaman video mengenai perjalanannya ke Langkawi ketika berada di dalam kapal terbang.
Raih Pujian Netizen
Di ruangan komen, kelihatan rakan selebriti dan netizen memberikan komen mengenai keberani yang ditunjukkan oleh Dayyan.
Yes!! Young passanger!!! Abil pun selalu masa kecik-kecik dulu balik johor… good job Dayyan!!
Good job Dayyan
Have a safe flight Dayyan. That it……you turn be a young boy now…look handsome… Want to you to know aunty is your fan Dayyan. May Allah grant Dayyan bless success everything.
Rata-rata netizen berasa kagum dan memuji keberanian Dayyan apabila melihatnya menaiki kapal terbang seorang diri dari Kuala Lumpur ke Langkawi.