Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Tuesday, July 9, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainmentKecewa Ada Orang Sebar Aib Jenazah Jemaah Haji, Elfira Loy Risau Takut...

    Kecewa Ada Orang Sebar Aib Jenazah Jemaah Haji, Elfira Loy Risau Takut Timbul Fitnah Terhadap Islam

    -

    Shopee CNY Sale

    Pelakon Elfira Loy meluahkan rasa kecewa dan kesalnya terhadap penyebaran video jenazah jemaah haji yang meninggal dunia di Arab Saudi, yang tular di media sosial baru-baru ini.

    Baginya, tindakan menyebarkan video tersebut secara berleluasa tanpa kawalan memberi persepsi negatif kepada masyarakat, terutamanya di kalangan bukan Islam.

    Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 30, menegaskan melalui Instagramnya bahawa apa yang dipaparkan dalam video tersebut tidak benar-benar menggambarkan keadaan sebenar di tanah suci dan tidak sepatutnya disebarkan tanpa ditapis terlebih dahulu.

    Penyebaran video tanpa kesahihan boleh mengundang fitnah dan pelbagai isu negatif, yang mana boleh mempengaruhi jemaah haji akan datang.

    “Saya telah memerhati situasi itu secara langsung dan saya juga menyaksikan dedikasi pasukan perubatan dalam usaha mereka untuk membantu. Anda boleh mendengar bunyi ambulans yang kerap, bekerja keras untuk menyediakan penjagaan segera kepada jemaah haji.

    “Bukan itu sahaja, jalan raya dipenuhi trak makanan, mengagihkan makanan secara adil kepada semua jemaah haji, termasuk mereka yang tidak mendaftar haji,” kata Elfira.

    Elfira memuji pasukan perubatan yang berusaha keras untuk memberikan bantuan sewajarnya kepada jemaah. Menurutnya, pasukan perubatan sentiasa bersedia dan responsif dalam menangani sebarang kejadian kecemasan yang berlaku.

    Di samping itu, Elfira juga memaklumkan bahawa pemerintah Arab Saudi telah mengambil langkah kawalan yang ketat menggunakan teknologi AI (kecerdasan buatan) untuk menganalisis dan merancang tindakan yang paling berkesan untuk para jemaah haji.

    “Mereka menggunakan teknologi AI untuk menganalisis dan merancang tindakan yang paling berkesan untuk jemaah haji. Jadi, adalah penting untuk mengikuti prosedur yang betul supaya mereka boleh bersedia dengan secukupnya,” katanya lagi.

    Sebelum ini, Kementerian Luar Arab Saudi mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 550 jemaah meninggal dunia ketika menunaikan ibadah haji tahun ini di Makkah, disebabkan oleh cuaca panas terik yang menyebabkan bahang suhu melampau.

    ALSO READ:  [VIDEO] Ramai ‘Gugur Jantung’ Lihat Remy Ishak Pakai Baju Melayu, Pengasas Bulan Bintang Sebut- “Saya Pilih Dia Kerana..”

    Elfira menegaskan bahawa penyebaran maklumat dan video yang tidak sahih bukan sahaja menimbulkan kekeliruan, tetapi juga boleh mencemarkan imej ibadah haji dan usaha pemerintah serta pasukan perubatan di sana.

    Justeru, dia menyeru semua pihak agar lebih bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat, dengan memastikan kesahihannya terlebih dahulu.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,180FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts