Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKecewa Video Disunting, Ning Baizura Akhirnya Buka Mulut Isu ‘All Eyes...

    Kecewa Video Disunting, Ning Baizura Akhirnya Buka Mulut Isu ‘All Eyes On Rafah, Who’s That?’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Di Instagram, penyanyi Ning Baizura tampil bersuara dan menjelaskan situasi sebenar mengenai reaksi spontannya yang bertanya ‘All Eyes on Rafah… who’s that?’, baru-baru ini.

    Kena dengar dua-dua belah pihak

    Menurut Ning, dia tidak sengaja memberikan respons sedemikian selepas mengalami kesukaran menyebut nama peminat sebelum itu.

    Kalau awak ada peluang untuk menonton keseluruhan video itu pasti awak tahu apa yang berlaku dan saya ada kongsi di Instagram saya. Ketika peminat meminta lagu, saya membaca komen yang keluar dan pada ketika itu secara khususnya saya bercakap nama penonton yang sukar disebut.

    Semasa saya baca komen peminat, saya tanpa sengaja saya beri reaksi seperti itu. Saya tak bermaksud untuk mempersenda situasi dan tempat itu dan sebab itu saya cakap ‘siapa itu’ bukan ‘apa itu’.

    Tambah Ning, dia berasa kecewa apabila ada pihak menyunting video tersebut sehingga menyebabkan kekecohan berlaku.

    Berbicara mengenai memberi bantuan kepada rakyat Palestin, pelantun suara ‘Awan Yang Terpilu’ ini mengakui dia membantu saudara Islam di sana dalam diam-diam.

    Saya rasa perkara kecil ini telah tular tanpa mengetahui situasi yang sebenarnya. Sangat mudah bagi orang lain untuk sunting seperti yang tular.

    Terus terang saya tidak berniat hendak menyakiti sesiapa pun kerana saya tahu apa yang berlaku di Palestin sebab saya banyak menyumbang bagi pihak saya. Cuma benda-benda amal ini tidak perlu diuar-uarkan semuanya datang dari hati kita.

    Di samping itu, Ning berharap masyarakat yang memberi kecaman terhadapnya di media sosial dapat mendengar penjelasan yang diberikan.

    Saya di sini bukan ingin memberi alasan tapi sebagai manusia kita berhak untuk mendengar kedua-dua belah pihak sebelum menyerang Instagram saya menggunakan kata-kata kasar.

    Segelintir peminat saya keluar memberikan kenyataan terima kasih untuk sokongan itu dan yang tidak mengikuti saya keluarkan pelbagai perkataan tidak sedap didengar.

    Terdahulu, Ning menerima kecaman teruk daripada wargamaya di aplikasi X berikutan didakwa tidak cakna mengenai ‘All Eyes on Rafah’.

    ALSO READ:  Che Ta Dan Anak Sulungnya Ammar Effendy Bakal Diisytiharkan Bankrap Oleh MARA, 7 Tahun Sudah Berhutang

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Ning Baizura (@ningdalton)

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts