Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKecoh Pernikahan Laudya Cynthia Bella Dengan Ustaz Nuzul Dzikri Ternyata Palsu

    Kecoh Pernikahan Laudya Cynthia Bella Dengan Ustaz Nuzul Dzikri Ternyata Palsu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Baru-baru ini, dunia maya digemparkan dengan khabar angin yang mendakwa bekas isteri Engku Emran, Laudya Cynthia Bella, telah bergelar isteri ketiga kepada pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Nuzul Dzikri, pada Aidiladha lalu.

    Namun, berita tersebut ternyata palsu apabila penyebar berita tampil memohon maaf.

    Penyebar berita itu mengambil tindakan segera untuk meluruskan keadaan dengan memohon maaf secara terbuka di akaun Facebook mereka. Dalam permohonan maaf tersebut, mereka menulis:

    “Bismillah… Saya ingin meluruskan bahawa berita pernikahan Ustaz Nuzul Dzikri dan Laudya Cynthia Bella tidak benar. Ini murni kesalahan kami kerana terlalu cepat menyebarkan berita hanya dengan melihat beberapa posting yang ternyata berita tersebut tidaklah benar.”

    Pemilik akaun tersebut juga bertindak menurunkan hantaran terdahulu berkaitan pernikahan aktres berusia 36 tahun itu bagi tidak mengeruhkan lagi keadaan.

    Mereka juga mengakui tidak menyangka bahawa berita berkenaan akan menjadi viral di media sosial, termasuk dalam kumpulan WhatsApp.

    “Status sebelumnya saya turunkan dan kami mohon agar tidak lagi disebarkan,” tambahnya. Pemilik akaun tersebut turut memohon ampun kepada Allah atas kekhilafan yang telah dilakukan.

    Sementara itu, Laudya Cynthia Bella dilihat memilih untuk berdiam diri mengenai khabar angin tersebut. Tinjauan ke akaun Instagram aktres itu mendapati beliau menutup ruangan komen, mungkin sebagai langkah untuk mengelakkan sebarang spekulasi lanjut.

    Ini bukan kali pertama aktres itu terpalit dengan khabar angin mengenai pernikahan. Pada tahun 2022, beliau pernah didakwa bernikah dengan seorang lelaki kaya dari Arab yang menetap di Dubai, namun berita itu disangkal oleh pengurusnya.

    Laudya Cynthia Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada September 2017. Namun, perkahwinan mereka tidak bertahan lama dan mereka bercerai pada Julai 2020. Sepanjang tempoh perkahwinan tersebut, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Che Ta Rakam Aaisyah Tengah Berangan, Raih Perhatian Ramai-“Tudiaaa Aihh”
    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts