Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKedai Steamboat Memohon Maaf atas Insiden Tujuh Beranak Melecur Akibat Gas Meletup...

    Kedai Steamboat Memohon Maaf atas Insiden Tujuh Beranak Melecur Akibat Gas Meletup semasa Waktu Buka Puasa

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Malang tidak berbau buat sebuah keluarga ini apabila mereka mengalami luka lecur yang teruk ketika sedang makan di sebuah restoran steamboat yang terletak di Temerloh, Pahang.

    Dirujuk ke pakar pembedahan plastik

    Menerusi hantaran dimuat naik @Fatynanana di TikTok, kejadian tersebut menimpa keluarganya ketika sedang berbuka puasa pada hari pertama Ramadan, 9 Mac lalu.

    Menurut Faty, mereka yang terdiri daripada tujuh orang mengalami luka lecur yang teruk di bahagian muka dan beberapa anggota badan yang lain.

    Pada 9 Mac 2024, kami bertujuh makan di restoran steamboat yang terletak di Temerloh.

    Dapur gas kemudiannya meletup dan membuatkan kulit muka terbakar dan tangan kami melecur teruk.

    Mereka sekeluarga kemudiannya mendapatkan rawatan di sebuah hospital sebelum dirujuk ke pakar pembedahan plastik bagi mengatasi masalah luka yang dialami.

    Dapat ‘referral letter’ untuk pergi pakar pembedahan plastik.

    ‘Owner’ kedai lepas tangan?

    Dalam pada itu, Faty mendedahkan pemilik restoran berkenaan ada mengambil nombor telefon pihaknya bagi menyelesaikan isu tersebut.

    Namun, alangkah kecewanya mereka sekeluarga selepas pemilik restoran itu didakwa seakan mahu ‘lepas tangan’ dan tidak mahu bertanggungjawab.

    ‘Owner kedai ada ambil nombor telefon kami dan cakap nak ‘missed call’ tapi tak telefon langsung.

    Kami yang kena telefon kedai dan minta nombor telefon ‘owner’.

    Bila ‘call’ kedai tanya apa update tentang kebakaran yang menimpa keluarga kami. Admin cakap, ‘Ini kes tahun lepas kan?’, sedangkan ia baru berlaku.

    Lebih parah, Faty juga mendakwa restoran tersebut tidak mempunyai sebarang insurans dan masih aktif mempromosikan perniagaan mereka meskipun sudah mempunyai beberapa kes yang hampir sama menimpa keluarganya.

    Pihak restoran akui kesilapan

    Sementara itu, pihak restoran tersebut tampil membuat permohonan maaf dan mengakui kelewatan mereka memberikan maklum balas mengenai kejadian tersebut.

    ALSO READ:  [VIDEO] Daiyan Trisha Dedah Sebelum & Selepas Reka Bentuk Dalaman Rumah, Raih Perhatian Ramai-“Lawanya, Nampak Selesa!”

    Menurut pihak restoran, mereka sudah pun menziarahi serta berjumpa dengan keluarga mangsa bagi membincangkan mengenai permasalahan itu pada 11 dan 14 Mac lalu.

    Jelasnya lagi, mereka juga telah membuat laporan polis serta pihak bomba membantu siasatan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts