Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKediaman Agam Mewah Milik Keluarga Ditayang Kepada Tontonan Umum, Marsha Milan Kurang...

    Kediaman Agam Mewah Milik Keluarga Ditayang Kepada Tontonan Umum, Marsha Milan Kurang Selesa Privasi Tular

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Media sosial menjadi medium paling pantas dalam menyebarkan maklumat dan juga menjadi medium pilihan untuk dilayari secara kerap.

    Facebook, Instagram dan TikTok misalnya menjadi medium yang dilayari jutaan pengguna setiap hari, bagi tujuan berkongsi tentang kehidupan sendiri dan juga melihat atau menilai kehidupan orang lain.

    Biarpun ramai yang sedar bahawa tindakan terlalu seronok berkongsi maklumat peribadi di media sosial boleh mengundang padah, namun masih ramai yang teruja mempertontonkan aktiviti harian kepada umum atas pelbagai sebab tertentu.

    IKLAN

    Sebagai contoh penyanyi dan pelakon, Marsha Milan mengakui kurang selesa apabila video kediaman keluarganya menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi netizen, baru-baru ini.

    Menyifatkan kediaman adalah perkara peribadi, Marsha berkata, ia tidak seharusya menjadi tontonan meskipun pihak yang merakamkannya tidak mempunyai apa-apa maksud.

    “Sebenarnya, saya tak berapa senang, kediaman adalah privasi. Saya tak mahu dianggap cuba menunjuk-nunjuk atau nak pamerkan sudut mewah.

    “Takutlah nanti jadi apa-apa. Lagipun, itu adalah kediaman keluarga dan bukannya rumah saya sendiri. Saya sedar berita ini tular, tapi saya tak nak ambil tahu atau baca,” katanya.

    Marsha mengulas video berdurasi satu minit memaparkan kemewahan kediaman yang didakwa miliknya.

    Berikutan insiden itu, pelakon filem Rahsia itu memberitahu, dia akan lebih berhati-hati jika ada pihak yang mahu membuat rakaman membabitkan persekitaran kediamannya.

    “Saya akui belajar sesuatu daripada kejadian ini, tidak semua benda kita boleh rakam.

    Sementara itu, berkongsi pengalaman tinggal sebumbung dengan ibu mentua sejak mendirikan rumah tangga pada 2015, penyanyi lagu Cinta itu mengakui, dia tidak menghadapi masalah dan selesa.

    “Kalau duduk dengan suami sahaja, mungkin saya akan sunyi dan perasaan itu berbeza bila duduk beramai-ramai.

    “Kadang-kadang saya perlu seseorang untuk berada di rumah selepas saya pulang kerja di luar daerah. Saya juga tahu suami berada dalam keadaan baik sekiranya saya keluar bekerja.

    “Lagipun sejak arwah bapa mentua pergi, ibu mentua tinggal seorang diri. Jadi, bagus juga kami saling menjaga antara satu sama lain,” ungkap Marsha.

    ALSO READ:  Hanya Sekali Lafaz, Rizky Febian & Mahalini Sah Bergelar Suami Isteri..Beri Jongkong Emas Sebagai Mas Kahwin
    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts