Tidak memilih pekerjaan, pelakon Danny X-Factor yang gigih meneruskan kerjaya sebagai pemandu e-hailing telah membuatkan warganet berasa kagum.
Netizen puji
View on Threads
Menerusi laman Threads, seorang individu memuji usaha Danny yang dilihat sangat mulia mencari rezeki halal meksipun kurang aktif di dalam dunia lakonan.
Dulu selalu nampak dia di TV hampir setiap minggu, hari ini dia seorang pemandu e-hailing dan tidak ada salah tentang perkara itu. Kita patut puji usahanya untuk menyara keluarga.
Dia boleh sahaja pakai kopiah dan tunggang agama, buat derma untuk dapatkan wang dengan mudah. Tetapi dia tidak melakukannya.
Bagi saya usahanya lagi mulia daripada penunggang-penunggang agama di luar sana. Dia adalah seseorang yang boleh dijadikan contoh.
Suami & bapa bertanggungjawab
Dalam masa yang sama, kenyataan individu tersebut juga meraih perhatian warganet yang rata-rata menyifatkan pelakon berusia 44 tahun itu sebagai suami dan bapa yang bertanggungjawab kerana tidak mengabaikan nafkah.
Dia adalah ‘provider’ yang baik kerana dia mencuba untuk mencari rezeki halal. Normal ada naik dan turun di dalam dunia selebriti dan dia baik walaupun dia boleh sahaja jual agama atau ubat kuat tetapi dia tidak melakukannya.
Asalkan dia mencari rezeki halal, bukannya menjadi biawak hidup macam sesetengah suami.
Yang faham agama akan berusaha sebaik mungkin untuk sediakan rezeki yang berkat.
Sekadar info, Danny atau nama sebenarnya Mohd Kardanie Anwa bekerja sebagai pemandu e-hailing sejak tahun 2017 lagi.