Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKeith Foo & Riena Diana Dah Ada Tarikh Kahwin? – ‘Perancangan Tu...

    Keith Foo & Riena Diana Dah Ada Tarikh Kahwin? – ‘Perancangan Tu Ada, Cuma Kami Tak Nak Terburu-Buru’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pasangan pelakon yang sedang hangat bercinta, Riena Diana dan Keith Foo akui sudah bersedia dan mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

    ‘Kami tidak terburu-buru’

    Ketika ditemui , Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal akui tidak mahu terburu-buru untuk melangkah ke alam perkahwinan, dalam masa terdekat.

    Kami tidak terburu-buru. Kami percaya pada proses dan ketentuan.

    Dalam pada itu, aktres berusia 27 tahun itu akui mereka berdua kini sedang sibuk dan mahu memberi sepenuh fokus terhadap kerjaya masing-masing.

    Kami dah bersedia untuk apa-apa kemungkinan cuma sekarang kami mahu memberikan fokus kepada benda-benda lain terlebih dahulu, benda yang saya rasa saya nak explore dan buat.

    Masih dalam perbincangan sebab ada juga beberapa perkara yang saya tidak bersetuju.

    Sementara itu, Keith meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat hubungannya dengan Riena.

    Bukan dah tahu (tarikh), maksudnya kita dah ada perancangan tetapi tak tahu lagi bila. Tapi sudah tentu kita ambil langkah satu persatu.

    Pasangan itu berkata sedemikian selepas pementasan teater Andak Bertandak bertempat di The Kuala Lumpur Performimg Arts Centre (KLPAC), baru-baru ini.

    Terdahulu, Riena menafikan dakwaan bahawa hubungan cinta mereka adalah atas tujuan mempromosikan drama bersiri Salju Rindu.

    Sebelum ini, Riena dan Keith membuat pengakuan bahawa mereka sedang bahagia bersama dan tidak menolak jika ditakdirkan mereka bertemu jodoh, suatu hari nanti.

    Untuk rekod, Keith pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Kim Raymond pada November 2015 namun bercerai empat tahun kemudian.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Skylar yang kini berusia tujuh tahun.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Kim Seri Minta Maaf, Janji Bayar Duit Pelanggan Dalam Tempoh Dua Bulan – ‘Saya Tidak Dapat Lunaskan Jumlah Pemulangan Secara Sekali Gus’
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts