Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Kejam! Cari Sampai Dapat” – Fazura Selar Tindakan Ketua Polis Melakukan Kekerasan...

    “Kejam! Cari Sampai Dapat” – Fazura Selar Tindakan Ketua Polis Melakukan Kekerasan Fizikal Di Tempat Awam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebelum ini, terdapat kecoh di media sosial berkenaan dengan satu video yang tular mengenai ketua polis balai di Johor.

    Melakukan Kekerasan Fizikal



    via Instagram BH Harian

    Dalam video tersebut, ia memaparkan seorang individu dipercayai ketua polis balai melakukan kekerasan fizikal terhadap seorang lelaki di tempat awam.

    Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya mengesan rakaman video berdurasi 37 saat yang tular dalam media sosial termasuk platform X.

    Video tular itu dikesan pada jam 3.11 petang hari ini, dengan turut menamakan pegawai polis terlibat berserta jawatannya.

    Polis Johor akan menyiasat perkara ini dengan terperinci dan menggesa orang awam atau saksi kejadian untuk tampil membuat laporan.

    Datuk Kamarul Zaman juga turut menyatakan bahawa siasatan akan dijalankan dan tindakan mengikut undang-undang akan diambil terhadap pihak berkaitan tanpa kompromi.

    Menampar Sebanyak 9 Kali

    Menerusi rakaman video yang tular itu, kelihatan seorang individu lelaki mengasari seorang lelaki yang sedang duduk di dalam sebuah restoran.

    Individu tersebut dilihat menampar lelaki terbabit sebanyak sembilan kali sambil sebelah lagi tangannya menggenggam rambut mangsa. Mangsa yang kelihatan ketakutan tidak melawan tindakan tersebut.

    Netizen Dan Artis Turut Terkesan



    via Instagram BH Harian

    Di atas kejadian itu, ramai netizen serta artis turut terkesan dan mengzahirkan rasa marah dengan perbuatan tersebut.

    Salah seorang daripadanya adalah pelakon dan juga usahawan, Fazura. Melihat di ruangan komen, Fazura turut menyelar perbuatan tersebut dengan menyatakan tindakan itu dianggap kejam.

    KEJAMMMM!!!! Cari sampai dapat!!!

    Malah Fazura juga supaya tindakan untuk mencari polis tersebut dapat dicari sehingga dapat ditangkap. Netizen juga turut menyatakan kekesalah apabila melihat kekejaman yang dilakukan oleh anggota polis sendiri yang sepatutnya menjaga dan melindungi rakyat Malaysia.

    ALSO READ:  Menu Sahur Pilihan Muslimin Ramadan Ini: Oligo Untuk Nutrisi Padat & Senang Dipersiapkan!

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts