Pelawak Ali Puteh menzahirkan rasa syukur apabila berjaya mengumpul wang tunai sebanyak RM75,000 bagi melunaskan tuntutan saman kepada balu Allahyarham Abam  iaitu Nor Hidayah Hamzah.
Duit bayar hutang dah cukup
Menurut Ali, dia berterima kasih kepada individu yang membeli koleksi barangan peribadi serta produk makanan keluarannya iaitu Sambal Petai Terangkat dan Sambal Jering Berlado.
Ali, 35, mendoakan agar kebaikan yang dilakukan orang ramai itu terhadap dirinya dan keluarga akan dibalas oleh Allah SWT.
Alhamdulillah terima kasih yang membeli barangan saya. Terima kasih mendoakan saya dan keluarga.
Moga Allah membalas jasa baik anda semua. Sudah cukup RM75,000.
Fokus dengan bisnes
Di ruangan komen, rata-rata warganet turut tumpang gembira selain mendoakan agar pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan terus dimurahkan rezeki.
Sebelum ini, Ali terpaksa menjual tujuh trofi kemenangannya bagi mendapatkan wang untuk melunaskan hutang kakak iparnya.
Antara trofi yang dijual termasuklah trofi program realiti Maharaja Lawak Mega, Muzikal Lawak Superstar, Projek Komedi Warna dan beberapa lagi.
Selain itu, Ali turut menjual motosikal jenis RXZ berwarna merah dan kereta Honda Accord berwarna putih miliknya.
Pada 18 Februari 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada balu Abam Bocey, Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.